Pelakon dan pempengaruh Zarina Anjoulie mengakui mengidam untuk melakonkan watak ustazah seandainya mendapat tawaran berlakon dari mana-mana pihak.
Jelas Anjoulie atau lebih mesra disapa Anju, dia mahu lari daripada stereotaip watak-watak biasa yang selalu dilakonkan pelakon lain.
"Kalau ditanya watak yang ingin saya bawakan, sebenarnya saya mengidamkan nak bawa watak seorang ustazah. Bagi saya ia sesuatu yang cukup menarik dan pasti penonton juga teruja nak tengok saya bawa watak sedemikian.
"Kalau kebanyakan pelakon wanita mahukan watak yang perlu tampil cantik atau anak orang kaya, apa salahnya saya cuba tampilkan kelainan dengan watak sebegini," katanya.
Dalam pada itu, Anju menjelaskan dia terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon disebabkan faktor masa dan enggan berjauhan dengan anaknya.
"Memang dah lama saya tak berlakon dan banyak tawaran yang saya tolak kerana tidak boleh jauh dengan anak.
"Sedangkan kebanyakan penggambaran perlu dilakukan di luar Kuala Lumpur dan Nilai. Namun, saya sedia mempertimbangkan sebarang tawaran sekiranya ada," katanya yang terbabit dalam filem Hantu Kuat Ketawa yang akan mula ditayangkan di Astro First bermula 27 Januari ini.
Amri Hassan
Thu Jan 20 2022


Tan Sri Musa Hassan Kini Suami Qistina Lim, Netizen Ucap - “Tahniah Datuk Jalaluddin Hassan Dapat Kakak Ipar"
Tahniah Tan Sri Musa Hassan.

"Gelang Emas Lipan RM8,000 Sumayyah Hilang, Menangis Saya" - Puteri Sarah
Puteri Sarah dan Sumayyah baru-baru ini menjadi muse jenama barang kemas Trishya & Co.

GV10: “Berdebar Juga Jantung Ni” - Sesi Soundcheck Buat Jaclyn Victor Nervous Jumpa Tok Ram!
Jac pun rasa nervous dengan Tok Ram tau.

"Wallahi, Saya Tak Tengok Content Sajat" - Atiq Azman Nafi Tiru Live Masak-Masak Sajat
Pelakon Atiq Azman menafikan dakwaan segelintir warganet bahawa dia meniru konten memasak live sepertimana usahawan viral Nur Sajat.

GV10: “Sedih Sebab Ayah Tak Dapat Tengok…” - Siti Nordiana Balik Sendayan, Mohon Restu Ibu
Nana cari kekuatan, mohon restu ibu.

"Doakan Untuk Kami Yang Baik-Baik Saja" - Haqiem Rusli
Peminat harap Anis Sofea kembali berhijab.

#FoodiesLife: Craving Nasi Kandar? Ini Sebab Warga Kota KL Perlu Singgah Di 'Nasi Kandaq Fest' Hujung Minggu Ni
Nasi Kandaq Fest berlangsung dari 23-24 September 2023 di Sunway Putra Mall KL.

Ini 5 Pekerjaan Yang Boleh Menyebabkan Anda Mengalami Nyanyuk
Adakah termasuk pekerjaan anda?

Selena Gomez Rasa Terbeban Jadi Wanita Paling Ramai Pengikut Di Instagram
Selena akui terbeban

Cara Mudah Nak Halau Semut Dari Kerumun Pinggan Makan Haiwan Kesayangan Anda
Mudahnya!