Laman Utama

Zarina Zainuddin Seronok Berat Badan Dah 59 Kg - “Bukan La Kata Saya Nak Tunjuk Body Cantik Tapi…”

gempak
Asyikin Mayudin
29/09/2023
09:55 MYT
Sponsor Banner
Zarina Zainuddin Seronok Berat Badan Dah 59 Kg - “Bukan La Kata Saya Nak Tunjuk Body Cantik Tapi…”
Pelakon Zarina Zainuddin melahirkan rasa syukur apabila berat badannya kini sudah mencecah 59 kilogram selepas menjalani pembedahan bariatrik pada Ogos lalu.
Menurut Zarina, tujuan dia melakukan pembedahan itu bukanlah semata-mata mahu bentuk badan yang cantik sebaliknya disebabkan derita sakit tumit kaki yang teruk.
“Selepas jalani pembedahan bariatrik, berat saya sekarang dah 59 kilogram. Tujuan saya buat bariatrik ini bukan la kata saya ini nak tunjuk body cantik ke, bukan.
“Tapi saya nak badan saya ringan, senang buat kerja, senang nak ke mana-mana… lagipun saya jaga anak-anak saya. Dulu saya ada masalah kolestrol yang tinggi, lepas itu saya ada masalah tumit kaki yang mencucuk-cucuk.
“Bila badan berat, kaki kecil, jadi tak dapat nak menampung sebab itu jadi sakit mencucuk-cucuk,” kata Zarina ketika membuat siaran langsung di laman sosial baru-baru ini.
Pada perkongsian yang sama, Zarina memberitahu berat badannya juga mampu turun sehingga 50 kilogram namun lebih memilih untuk tidak kelihatan kurus seperti zaman anak dara.
“Sekarang Alhamdulillah dah 59… tapi doktor kata berat saya akan turun sampai 50 kg. Bagi saya tak nak la 50 kg itu, berat masa anak dara 45 ke 48 kilogram.
“Tapi saya tak nak la berat asal, sebab bagi saya itu zaman kita dulu. Sekarang kita dah beranak, kena ada isi juga. Saya punya berat ideal, 53 ke 55 kilogram. Just nice, tak payah kurus sangat, tak cantik,” ujarnya.
BACA SINI: Sakit Tumit, Lutut & Kolesterol Tinggi, Zarina Zainuddin Buat Pembedahan Bariatrik!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live