HIBURAN
Zizi Kirana Akhirnya ‘Buka Mulut’ Isu Melibatkan Rumah Tangga Dengan Yusuf Bahrin
Status rumah tangga pasangan selebriti iaitu penyanyi Zizi Kirana dan aktor Yusuf Bahrin mula menjadi perbualan hangat netizen di laman sosial sejak beberapa hari.
Mohon doa
Ia berikutan mereka didakwa sudah tidak lagi mengikuti laman Instagram masing-masing selain perkongsian Zizi di Threads turut mengundang rasa kebimbangan peminat.
ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa Saling 'Unfollow' Di IG, Zizi Kirana & Yusuf Bahrin Masih Kunci Mulut
ARTIKEL BERKAITAN: “Dia Terus Telefon Mak Saya…” - Zizi Kirana Kongsi Momen Sewaktu Dilamar Yusof Bahrin
Bagaimanapun Zizi ketika dihubungi Gempak memberitahu rumah tangga dia dengan Yusuf dalam keadaan baik-baik saja.
Selain itu, penyanyi lagu Eh ini turut memohon agar semua orang mendoakan yang baik sahaja.
“Alhamdulillah okay saja. Doakan baik-baik ya,” jawab Zizi secara ringkas kepada Gempak.
Dalam pada itu, penyanyi berusia 40 tahun ini turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mengambil berat terhadap dirinya.
“Terima kasih sebab masih prihatin dengan saya. Sayang semua,” ujarnya lagi.
Untuk rekod, Zizi mendirikan rumah tangga dengan pelakon Si Bakhil Dengan Bungannya itu pada 19 September 2021 selepas berkenalan ketika rakaman program hiburan.