Selepas pendakwah Ustaz Ebit Lew, kini pelakon Zul Yahya pula menceburkan diri dalam perniagaan pasar raya.

Sejak beberapa hari lalu, Zul sudah mula berkongsi tentang persiapan pembukaan pasar raya miliknya yang diberi nama Zulyahya Mart itu di Instagram.

Menurut Zul, perniagaan memerlukan usaha, tawakal dan doa yang tidak pernah putus.

"Kami belum baik, baru belajar korbankan sikit-sikit untuk perkara baik. Doakan kami semoga dapat mendidik diri dan keluarga digerakkan agar sentiasa korbankan diri, masa dan harta untuk kehidupan agama.

"Berniaga perlukan usaha, tawakal dan doa yang tak putus-putus, Insya-Allah," tulisnya menerusi sebuah entri.

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Zul memberi sokongan dan mendoakan kejayaan untuk perniagaannya itu.

Ada juga yang berbangga kerana lebih ramai warga tempatan tampil untuk memajukan ekonomi perniagaan Islam.

masyaAllah ... kami belum baik baru belajar korbankan sikit2 utk perkara baik .. ? doakan kami semoga dapat mendidik diri dan keluarga digerakkan agar sentiasa korbankan diri , masa dan harta utk kehidupan agama ... berniaga perlukan usaha ,tawakal dan doa yg tak putus2 ... insyaAllah #Allahmahabaik #zulyahyamart

A post shared by Zul Yahya (@zulyahya70) on


MasyaAllah ... semakin hampir persiapan @zulyahyamart ... alhamdulillah insyaAllah ... menunggu dgn sabar dan berusaha dgn tenang dan iklas .... semoga usaha @zulyahyamart dapat membantu dan berkongsi rezeki dgn saudara2 islam ku ... aamin yra

A post shared by Zul Yahya (@zulyahya70) on