Skip to main content

Berita

Astro & Pihak Berkuasa Bekerjasama Banteras Peranti Penstriman Haram

vAstro & Pihak Berkuasa Bekerjasama Banteras Peranti Penstriman Haram

Ringkasan AI

  • Astro bekerjasama dengan PDRM, MCMC, dan KPDN untuk membanteras penggunaan peranti penstriman haram (ISD) yang mengandungi perisian hasad berbahaya.
  • Penggunaan ISD bukan sahaja melanggar hak cipta tetapi juga mengancam keselamatan dan privasi pengguna kerana akses berlebihan kepada data peribadi.
  • Sejak 2021 hingga Oktober 2025, 52 serbuan telah dijalankan dengan rampasan 508 unit ISD dan 33 individu didakwa di bawah Akta Hak Cipta 1987.
  • Astro turut mengambil tindakan sivil terhadap syarikat yang menjual ISD, dengan beberapa kes berjaya diselesaikan dan pampasan digunakan untuk usaha penguatkuasaan.
  • Astro menggalakkan orang ramai memilih platform sah seperti Astro One dan sooka untuk hiburan selamat serta menyokong industri kreatif tempatan.

Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mempergiat usaha melindungi masyarakat daripada risiko penipuan dan ancaman keselamatan siber yang dikaitkan dengan penggunaan peranti penstriman haram (ISD).

Kajian bebas terkini mendapati hampir semua aplikasi ISD mengandungi perisian hasad seperti malware, spyware dan riskware.

Aplikasi ini sering meminta akses berlebihan termasuk kepada fail sistem, kamera, mikrofon dan rangkaian, sekali gus berpotensi merakam perbualan, mencuri maklumat peribadi dan memantau aktiviti isi rumah.

Ini menjadikan penggunaan ISD bukan sahaja isu pelanggaran hak cipta, tetapi juga ancaman langsung terhadap keselamatan dan privasi keluarga.

Sejak tahun 2021 hingga Oktober 2025, pihak berkuasa telah menjalankan 52 serbuan penguatkuasaan di seluruh negara, merampas 508 unit ISD dan mendakwa 33 individu di bawah Seksyen 43AA(1) Akta Hak Cipta 1987.

Sebanyak RM656,500 denda telah dikenakan oleh mahkamah ke atas pesalah yang disabitkan.

Berasarkan statistik semasa, sebanyak 20 serbuan dilakukan setakat Oktober melibatkan 61 ISD melibatkan 4 sabitan serta nilai denda RM130,000.

Manakala 14 lagi kes masih sedang dibicarakan.
2024 pula menyaksikan 13 serbuan, 311 ISD dan 12 sabitan kes dengan nilai RM238,000 denda.

Selain tindakan jenayah, Astro turut mengambil tindakan sivil terhadap syarikat yang terlibat dalam penjualan ISD.

Dari 2021 hingga Oktober 2025, 15 kes sivil telah difailkan, dengan 8 kes berjaya diselesaikan dan pampasan mahkamah digunakan untuk menyokong usaha penguatkuasaan dan kesedaran awam.

Sehinga Oktober 2025, sebanyak 2 kes difailan melibatkan pampasan RM60,000 manakala 4 kes lagi masih disiasat.

Bagi 2024 pula sebanyak dua kes melibatkan pampasan bernilai RM35,000.

"Astro komited melindungi keluarga Malaysia dengan menyediakan akses sah dan selamat kepada hiburan terbaik melalui Astro dan sooka.

"Dengan memilih platform sah, kita bukan sahaja menikmati ketenangan minda, tetapi juga menyokong pekerjaan tempatan, bakat kreatif dan pertumbuhan ekonomi digital negara," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Euan Smith.

Astro One dan sooka menawarkan pelan bermula dari RM49.99 sebulan dan RM13.90 sebulan masing-masing, memberikan akses hiburan premium tanpa risiko penstriman haram.

Astro akan terus bekerjasama rapat dengan agensi penguatkuasaan, pengawal selia dan rakan industri bagi memastikan persekitaran hiburan digital yang selamat dan adil untuk semua rakyat Malaysia.

Orang ramai digesa untuk mengelak penggunaan ISD dan melaporkan aktiviti cetak rompak kepada pihak berkuasa.

Sumber: AWANI

Must-Watch Video

Advertisement