Skip to main content

Viral

Bukan Ikut Trend, Syafiqah Aina Ada Sebab Hantar Anak Ke SJKC - "Chinese School Lebih Strict Dari Segi Timing, Ajar Anak Berdikari"

aina_sjkc

Sekilas

  • Syafiqah Aina memilih untuk menghantar anaknya, Raisya, ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) bagi memberi peluang penguasaan bahasa, disiplin, dan akademik yang lebih baik.
  • Raisya juga pernah menghadiri tadika Cina selama dua tahun untuk membina asas bahasa Mandarin sebelum memasuki SJKC.
  • Aina mahu anaknya merasai pengalaman pendidikan seperti ibu bapanya dan lebih percaya kepada sistem sekolah kerajaan berbanding sekolah swasta atau antarabangsa.

Pempengaruh dan usahawan Syafiqah Aina tampil menjelaskan sebab di sebalik keputusannya menghantar anaknya, Raisya, ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).

Memulakan sesi persekolahan pada Isnin, jelas Aina, keputusan itu dibuat berdasarkan perancangan jangka panjang terhadap pendidikan anak-anaknya, khususnya dari segi peluang bahasa, disiplin dan akademik.

“Aina always wanted to send anak-anak to Chinese School sebab for me ada banyak opportunities bila ke Chinese School in terms of extra language skill, discipline, academic.

"For me waktu diorang kecil, otak masih tengah nak develop & tengah seronok belajar banyak benda ni la, time kena ready plan apa yang kita nak untuk education diorang,” tulisnya.

Tambahnya, pendedahan awal ke SJKC memberi kelebihan dari segi penguasaan bahasa berbanding mencuba memasuki sistem tersebut pada usia yang lebih lewat.

“Bila hantar awal-awal ke Chinese School, diorang ada peluang belajar more language. Masa kecil senang nak masuk kepala & belajar compared to mix third language bila dah besar nanti," ujarnya.

Aina turut menjelaskan bahawa Raisya pernah dihantar ke tadika Cina selama dua tahun bagi membina asas bahasa Mandarin sebelum memasuki SJKC.

“Betul, Aina hantar Raisya dua tahun dekat Chinese Kindergarten sebab nak bagi dia at least ada basic Mandarin. Nak kata dah pandai cakap Mandarin, not really. Tapi basic insyaAllah ada, lepas 2 years in kindergarten.

"In terms of discipline pula Aina rasa Chinese School lebih strict dari segi timing, homework & diorang ajar anak independent dari sekolah.

"Plus, Tokma dia & cousin dia dekat kampung ramai juga masuk Chinese School, so Aina boleh refer juga pada diorang apa yg perlu buat," tambahnya.

Walaupun mengakui berat hati kerana tidak dapat menghantar dan menunggu anak di dalam kawasan sekolah seperti kebiasaan ibu bapa lain, dia percaya pengalaman berdikari itu penting untuk perkembangan anak.

“Walaupun sedih sikit diorang tak bagi parents masuk school & tunggu anak awal sekolah ni… just boleh drop depan gate je sebab nak ajar urus diri sendiri cari class sendiri, makan sendiri," kata Aina lagi.

Menjawab persoalan mengapa tidak memilih sekolah swasta atau antarabangsa, Aina menjelaskan bahawa dia mahu anaknya merasai pengalaman pendidikan seperti yang pernah dilalui oleh ibu bapanya sendiri.

“Aina memang tak pernah plan nak masukkan anak-anak Private School or International School sebab nak diorang experience macam mana Mommy & Daddy dia experience dulu.

“Orang cakap, government school lagi banyak peluang, school activities & all. Butttt if Raisya really cannot go with Chinese School, I’ve always have plan B. But hopefully she can survive la, aminn!" ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

HER Small 13L Backpack in Lux Army by PUMA, One Size

HER Small 13L Backpack in Lux Army by PUMA, One Size

NIKO Magnetic Number Maze

NIKO Magnetic Number Maze

New Balance 1000 - Grey

New Balance 1000 - Grey

Speedcat OG Sneakers Unisex

Speedcat OG Sneakers Unisex

Softride Enzo 5 Running Shoes

Softride Enzo 5 Running Shoes

TYESO Insulated Tumbler 900ml/1200ml

TYESO Insulated Tumbler 900ml/1200ml

Must-Watch Video

Advertisement