Skip to main content

Selebriti

Dah Terbiasa Sejak Kecil, Mhia Firdaus Akui Sedih Dengan Gelaran ‘Nepo Baby’ - “Hidup Ini Tak Senang…”

Dah Terbiasa Sejak Kecil, Mhia Firdaus Akui Sedih Dengan Gelaran ‘Nepo Baby’ - “Hidup Ini Tak Senang…”

Sekilas

  • Mhia Firdaus mengakui dirinya dan kakaknya sering dilabel sebagai ‘nepo baby’ kerana berasal dari keluarga seni, namun mereka berusaha keras untuk berdiri atas kaki sendiri.
  • Pelakon itu berharap orang ramai melihat kerjasama dengan ibu dan neneknya sebagai kolaborasi, bukan kredit sepenuhnya kepada keluarga.
  • Mhia menasihatkan supaya teguran diberikan dengan berhemah dan saling menyokong dalam industri yang penuh cabaran.
Advertisement

Pelakon, Mhia Firdaus mengakui dirinya dan kakaknya, Dhia Farhana sudah terbiasa diselebungi bayang-bayang ibunya, aktres Farah Ahmad dan neneknya, Fauziah Nawi sepanjang berada di dalam industri seni

Menurut Mhia, dia tidak menafikan dirinya merupakan ‘nepo baby’ memandangkan dia dilahirkan dalam keluarga tersebut.

Advertisement

Bagaimanapun, Mhia berkata dia lebih selesa jika orang ramai tidak terlalu memberi kredit segala usahanya pada keluarganya kerana dia sendiri telah berusaha untuk menaikkan namanya.

“Saya dan adik-beradik lain memang dari kecil dah digelar nepo baby. Kami tak boleh nafikan kerana kami dilahirkan di keluarga itu. Tapi kami tak capitalize tittle itu. Kami berusaha sendiri .

“Bagi saya kalau orang yang lahir dalam keluarga seni tetapi kamu tak gunakan peluang sehabis baik, tidak guna juga. Kami tak boleh lari dari tittle itu tetapi kami sedang mencari style kami dan berusaha berdiri di atas kaki sendiri,”katanya kepada Gempak.

Advertisement

Mhia berkata demikian ketika ditemui selepas tamat program MeleTOP pada Selasa.

Mengulas lanjut, Mhia akui sedih dengan gelaran ‘nepo baby’ itu kerana baginya ia bukan mudah untuk bertahan di dalam industri sambil berdepan dengan konflik diri.

“Siapa sahaja tak sedih sebab bagi saya lakonan bukan senang. Bukan semua orang boleh berdepan dengan warna sebenar dan ‘vulnerability’ awak sendiri. Ia bukan mudah.

“Kamu kena hadap sisi buruk kami. Kamu kena hadap sebagai manusia, tak semua boleh hadap. Saya tahu usaha saya macam mana. Saya pulun diri sendiri. Walaupun demam, saya masih datang latihan,”ujarnya.

Mhia yang membawa watak sebagai Mina dalam filem Sayang-Sayang itu turut berkata dia lebih suka jika orang ramai menggangap ibu dan neneknya itu sebagai kolabrasi bersama.

“Kalau saya dengar ‘mesti boleh sebab nenek dan mak saya’. Alhamdulillah, saya ada mereka di sisi tetapi saya harap mereka tak claim apa yang saya buat sebagai usaha mereka.

“Saya lebih suka jika orang panggil ia sebagai kolabrasi bersama sebab saya pun ada meminta pandangan dan nasihat mereka dalam lakonan.

“Namun, mungkin sebab semakin lama semakin saya sudah terbiasa. Itu bukan fokus utama saya tetapi saya harap jangan buat perkara ini pada orang lain,”kongsinya.

Akhiri temu bual itu, Mhia berpesan agar orang ramai memberi teguran secara berhemah dan saling menyokong.

“Awak tak pernah tahu awak akan jatuhkan kan semanagt seseorang untuk buat sesuatu dalam hidup. Hidup ini tak senang. Saya rasa lebih baik kita sokong antara satu sama lain. Kritik tidak mengapa tetapi adab menegur itu penting,”katanya lagi.

Sekadar info, filem SAYANG SAYANG bakal ditayangkan di Taiwan pada 16 Oktober ini sebelum menggegarkan pawagam di Malaysia bermula 5 November depan.

Anda mungkin berminat dengan

MU BAJU PAGODA T-SHIRT 406#/PAGODA T-SHIRT BUTTON 402#/PAGODA SINGLET 401#/PAGODA ZIP POCKET HAJI 408#/CHUNG KAI

MU BAJU PAGODA T-SHIRT 406#/PAGODA T-SHIRT BUTTON 402#/PAGODA SINGLET 401#/PAGODA ZIP POCKET HAJI 408#/CHUNG KAI

KM Eloura Straight Cut Loose Style Women Pants [P5452]

KM Eloura Straight Cut Loose Style Women Pants [P5452]

Fiboo Protein Bar High Protein Fiber Diet Snack Meal Replacement 0 Sugar Whey Protein Bar Plant Protein Bar Discount Set Halal

Fiboo Protein Bar High Protein Fiber Diet Snack Meal Replacement 0 Sugar Whey Protein Bar Plant Protein Bar Discount Set Halal

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

YIDISEN Mesh Breathable Men's Lazy Shoes One-Pedal Convenient Soft-Soled Wear-Resistant Travel Easy

YIDISEN Mesh Breathable Men's Lazy Shoes One-Pedal Convenient Soft-Soled Wear-Resistant Travel Easy

LEFONSE.MY The Best Soft Tubular 100% Cotton T-Shirt RC01 Unisex 160gsm Round Neck Plain Tee Baju Kosong RC01 Group D

LEFONSE.MY The Best Soft Tubular 100% Cotton T-Shirt RC01 Unisex 160gsm Round Neck Plain Tee Baju Kosong RC01 Group D

Must Watch Video

Advertisement