Skip to main content

Berita

Demi Wang Pencen RM83, Wanita Nekad Gendong Ibu Mentua Sejauh 9km

Gendong ibu mentua

Sekilas

  • Seorang wanita di India sanggup menggendong ibu mentuanya sejauh sembilan kilometer demi mendapatkan wang pencen yang tertunggak.
  • Wang pencen tertunggak selama empat bulan tidak diterima kerana dokumen KYC ibu mentua wanita itu tidak lengkap.
  • Setelah urusan KYC selesai di bank, pencen tertunggak sebanyak 2,000 rupee (RM83) segera dibayar kepada wanita tersebut.

Tindakan seorang wanita berusia menggendong ibu mentuanya untuk mendapatkan wang pencen menjadi tular.

Warganet menzahirkan rasa simpati melihat keadaan tidak bermaya kedua-dua wanita yang dirakamkan di daerah Surguja, Chhattisgarh di India itu kerana sanggup menempuh cuaca terik sejauh sembilan kilometer.

Aksi nekad menuju ke cawangan Central Bank of India di Mainpat itu dilakukan selepas ibu mentua Sukhmaniya tidak menerima pencen selama empat bulan berikutan dokumen Kenali Pelanggan Anda (KYC) didapati tidak lengkap.

Ketua Pegawai Eksekutif Janpad Panchayat Mainpat, Khushboo Shastri mengakui pemberian pencen itu dihentikan dan tidak lagi dihantar ke rumah wanita tersebut kerana dokumen yang tidak lengkap.

"Selepas urusan KYC diselesaikan di cawangan tersebut, pihak bank segera mengeluarkan bayaran pencen tertunggak sebanyak 2,000 rupee (RM83)," jelasnya.


Sumber: Sinar Harian

Anda mungkin berminat dengan

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Must Watch Video

Advertisement