Skip to main content

Selebriti

Lagu Pop Terbaik Kategori Paling Sengit AIM25, Lima Finalis Pun Dianggap Sudah ‘Menang’

Lagu Pop Terbaik Kategori Paling Sengit AIM25, Lima Finalis Pun Dianggap Sudah ‘Menang’

Sekilas

  • Kategori Lagu Pop Terbaik di AIM25 mencatat persaingan paling sengit dengan jumlah pencalonan yang tinggi, menjadikan tempat dalam lima terbaik sangat mencabar.
  • Kumpulan ALPHA memenangi kategori ini dengan lagu ‘P. Ramlee Saloma’ selepas melalui proses penilaian yang ketat dan rahsia oleh pihak auditor.
  • Pihak penganjur hanya mengetahui lima pencalonan terbaik tanpa maklumat terperinci tentang markah atau jurang antara calon kerana ia disimpan sulit oleh auditor.
Advertisement

Kategori Lagu Pop Terbaik menjadi antara persaingan paling sengit pada Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25) apabila menerima jumlah pencalonan yang tinggi.

Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur AIM25, Rosmin Hashim berkata persaingan tersebut menyebabkan usaha untuk menempatkan diri dalam kelompok lima terbaik sahaja sudah cukup mencabar.

Advertisement

“Kategori paling sengit ialah Lagu Pop Terbaik kerana mempunyai jumlah pencalonan yang tinggi.

“Jadi, untuk mendapat tempat dalam lima terbaik pun memang cukup mencabar,” katanya pada sidang media AIM25 di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK), Sarawak pada Sabtu.

Menurut Rosmin, karya yang akhirnya muncul sebagai pemenang perlu mempunyai keistimewaan tersendiri selepas melalui persaingan yang begitu besar.

Advertisement

“Kalau mahu memenangi kategori itu, sudah tentu karya berkenaan perlu benar benar istimewa.

“Bagi saya, mereka yang berjaya berada dalam lima terbaik sebenarnya sudah menang kerana berjaya melepasi persaingan yang begitu sengit,” katanya.

Pada AIM25, kategori Lagu Pop Terbaik akhirnya menjadi milik kumpulan ALPHA menerusi lagu ‘P. Ramlee Saloma’.

Dalam pada itu, Rosmin menjelaskan pihak penganjur sendiri tidak mengetahui jumlah keseluruhan mahupun jurang markah yang diperoleh setiap calon.

Ini kerana pengiraan markah dikendalikan oleh pihak auditor dan sebahagian besar butiran pemarkahan disimpan sebagai maklumat sulit.

“Mengenai jumlah markah atau jarak antara pencalonan pula, perkara itu tidak dapat kita ketahui kerana pemarkahan dikira oleh pihak auditor.

“Kita hanya mengetahui lima pencalonan terbaik dan perbezaan markah berkenaan kerana selebihnya adalah rahsia yang disimpan oleh auditor,” katanya.

Justeru, keputusan akhir setiap kategori adalah berdasarkan proses pemarkahan yang dilakukan menerusi sistem penilaian AIM25 sebelum nama pemenang diserahkan untuk diumumkan.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

Must Watch Video

Advertisement