Skip to main content

Selebriti

Masih Belum Terima Gelaran Datuk, Ella Enggan Ulas Lanjut - "Saya Gembira Buat Mereka Tetapi No Comment"

Masih Belum Terima Gelaran Datuk, Ella Enggan Ulas Lanjut - "Saya Gembira Buat Mereka Tetapi No Comment"

Sekilas

  • Ella, Ratu Rock Negara, memilih untuk tidak mengulas mengenai belum menerima gelaran Datuk walaupun hampir empat dekad dalam industri muzik.
  • Dia menyerahkan segala ketentuan rezeki kepada Allah dan berharap orang ramai mendoakan yang terbaik untuk dirinya.
  • Selepas menerima Anugerah Sri Wirama di AIM25, Ella menghargai sumbangan ramai individu dan komuniti yang menyokong perjalanan seni beliau selama ini.
Advertisement

Hampir empat dekad dalam industri muzik, namun masih belum menerima sebarang gelaran Datuk, Ratu Rock Negara, Ella memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Meskipun belum menerima pengiktirafan berkenaan seperti  rakan seindustri yang lain, Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin, tetap tumpang gembira dengan rezeki yang diterima mereka.

Advertisement

“Saya gembira untuk mereka, tapi saya tiada komen fasal itu (no comment),” katanya kepada Gempak.

Ella berkata demikian ketika menganjurkan malam penghargaan Anugerah Sri Wirama di The Saujana Hotel Kuala Lumpur pada Rabu.

Ditanya sama ada dia mempunyai keinginan untuk menerima gelaran tersebut, Ella berkata, dia menyerahkan segalanya kepada ketentuan Allah SWT dan percaya bahawa setiap rezeki sudah ditetapkan.

Advertisement

Malah, dia turut berharap agar orang ramai menitipkan doa yang baik-baik buat dirinya.

“Itu saya serahkan kepada ketentuan Allah. Pada saya, rezeki kita manusia ini tak salah alamat. Kalau itu rezeki kita di situ, dia akan sampai. Jadi, kita doakan yang terbaik,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, selepas menerima Anugerah Sri Wirama pada Anugerah Industri Muzik Ke-25 (AIM25), Ella meraikan pencapaian bersejarah itu dengan memberikan penghargaan kepada individu dan komuniti yang menjadi sebahagian daripada perjalanan kerjaya seninya selama empat dekad.

Hampir 50 penerima daripada pelbagai bidang diiktiraf menerusi inisiatif itu, termasuk pemuzik, komposer, penulis lirik, penerbit muzik, pengamal media, penggiat kreatif, pasukan pengurusan, keluarga serta komuniti peminatnya.

Menurut Ella, kejayaan seseorang penggiat seni bukanlah hasil usaha individu semata-mata, sebaliknya turut melibatkan sumbangan dan sokongan ramai insan yang memainkan peranan penting di sebalik tabir.

“Bagi saya kejayaan seorang penggiat seni bukanlah hasil usahanya sendiri semata-mata. Di sebalik lagu, persembahan dan perjalanan kerjaya, ada ramai insan yang bekerja keras, memberikan sokongan dan memainkan peranan penting walaupun nama mereka tidak selalu disebut.

“Saya berharap usaha ini dapat menjadi inspirasi kepada artis-artis lain untuk turut menghargai insan-insan yang berjasa dalam perjalanan seni mereka. Kerana di sebalik kejayaan seorang artis, ada ramai insan yang turut menjayakannya,” kongsinya.

Anda mungkin berminat dengan

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

Must Watch Video

Advertisement