Skip to main content

Berita

MCMC Sekat Akses Aplikasi Grindr, Blued – Fahmi Fadzil

GRINDR

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil memaklumkan bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menyekat akses kepada beberapa laman wab aplikasi temu jani seperti Grindr dan Blued.

Menurut Fahmi, setakat ini MCMC tidak menerima sebarang permohonan untuk menurunkan aplikasi tersebut daripada gedung aplikasi seperti Google Play Store dan Apple App Store.

“Bagaimanapun, MCMC kini sedang meneliti beberapa langkah perundangan bagi membendung aplikasi berkenaan,” katanya dalam jawapan bertulis di Parlimen.

Beliau menjawab pertanyaan Nurul Amin Hamid (PN-Padang Terap) yang ingin mengetahui sama ada MCMC telah mengambil tindakan dengan kerjasama penyedia gedung aplikasi untuk menyekat muat turun aplikasi temu janji yang memfokuskan hubungan sejenis termasuk Grindr, Blued dan Growlr.

Dalam pada itu, Fahmi juga berkata kawalan terhadap aplikasi di platform seperti Google Play Store dan Apple App Store adalah tertakluk kepada dasar serta peraturan yang ditetapkan oleh penyedia platform masing-masing, yang merupakan syarikat asing berpangkalan di luar Malaysia.

Bagaimanapun, beliau menegaskan kementerian melalui MCMC komited melaksanakan pemantauan secara proaktif bagi memastikan persekitaran dalam talian di negara ini bebas daripada kandungan yang melanggar undang-undang.

“MCMC mengambil tindakan terhadap sebarang kandungan atau fungsi aplikasi yang melanggar undang-undang tempatan, termasuk penyebaran kandungan lucah atau tidak bermoral, eksploitasi atau penderaan, penipuan, penderaan kanak-kanak atau ancaman terhadap keselamatan awam,” ujarnya.

Tambah beliau, sekiranya mana-mana aplikasi termasuk aplikasi temu janji didapati digunakan untuk menyebarkan kandungan terlarang atau terlibat dalam aktiviti menyalahi undang-undang, MCMC akan mengambil tindakan sewajarnya.

Antara tindakan yang boleh diambil termasuk mengemukakan permohonan penurunan kandungan kepada platform atau gedung aplikasi berkaitan, memohon sekatan akses terhadap kandungan atau perkhidmatan berkenaan, serta menyalurkan maklumat kepada agensi penguatkuasaan seperti pihak polis untuk siasatan lanjut.

Sumber: NST 

Anda mungkin berminat dengan

Corolla Soft Pu Lightweight Women Shoes

Corolla Soft Pu Lightweight Women Shoes

DESSINI ITALY SPP-12-S 12 PCS Casserole Induction Die Cast Aluminium Non Stick Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware PERIUK

DESSINI ITALY SPP-12-S 12 PCS Casserole Induction Die Cast Aluminium Non Stick Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware PERIUK

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Must-Watch Video

Advertisement