Skip to main content

Selebriti

Netizen Puji Penjelasan Khairul Aming Tolak Cadangan Tunjuk Kad Pengenalan Elak ‘Scalper’, Siap Rujuk Akta Undang-Undang - “Bila Orang Bijak Berbicara”

KA BIJK

Sekilas

  • Khairul Aming menolak cadangan netizen untuk minta pelanggan pamerkan kad pengenalan sebelum masuk restoran Rembayung bagi atasi isu scalper.
  • Beliau jelaskan pengumpulan nombor kad pengenalan pelanggan adalah melanggar undang-undang kerana ia data peribadi di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA).
  • Netizen kagum dengan pengetahuan Khairul Aming tentang PDPA dan memuji kebijaksanaannya dalam menjaga privasi pelanggan.

Pempengaruh dan usahawan, Khairul Aming mencuri perhatian ramai apabila menolak cadangan seorang netizen bagi mengurangkan isu ‘scalper’ di restoran miliknya, Rembayung.

Menerusi perkongsian di Threads, individu tersebut mencadangkan agar pelanggan diminta mempamerkan kad pengenalan sebelum memasuki restoran berkenaan.

Bagaimanapun, Khairul menjelaskan dia tidak boleh melaksanakan cadangan itu kerana melibatkan perkara yang sangat sensitif.

Menurutnya, tindakan mengumpul atau merekod nombor kad pengenalan pelanggan adalah melanggar undang-undang kerana ia dikategorikan sebagai data peribadi yang dilindungi.

"Tak boleh. Sebagai kedai makan tidak ada keperluan undang-undang yang membolehkan saya kumpul nombor kad pengenalan sebab itu adalah data peribadi pelanggan yang sangat sensitif. Ia dibawah Personal Data Protection Act (PDPA).

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dengan pengetahuan Khairul Aming yang peka terhadap kewujudan akta tersebut.

"KA memang level lain. Tak semua orang tahu. KA ini sangat hebat.

"Untung KA seorang yang bijak.

"Bila orang bijak berbicara.

"Hebatlah! bukan semua orang tahu PDPA. Saya suka," komen netizen.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement