Segelintir penumpang yang mahu ‘melepas hajat’ terutama membuang air kecil diminta melakukannya dengan kencing ke dalam botol selepas tandas pesawat Virgin Australia tidak berfungsi.
Penerbangan VA50 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Denpasar, Bali, Indonesia itu menuju Brisbane diketahui mempunyai dua tandas yang berfungsi.
Advertisement
Bagaimanapun kesemua tandas pesawat dalam penerbangan yang mengambil masa enam jam perjalanan itu tidak boleh digunakan sekitar satu jam 40 minit baki penerbangan, lapor People.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan pihak Virgin Australia, Boeing 737 itu mengalami masalah servis berkaitan dengan tandas.
“Kami meminta maaf kepada semua penumpang dan berterima kasih kepada anak kapal yang berjaya mengawal keadaan semasa ‘kecemasan’ berlaku dalam penerbangan,” ujar kenyataan tersebut.
Seorang penumpang menyifatkan insiden tersebut sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima, lapor The Australian.
Sementara seorang penumpang lain yang enggan identiti didedahkan, penumpang terpaksa menungga sehingga 40 minit untuk menggunakan salah satu tandas yang boleh digunakan pada awal penerbangan.
Malah seorang penumpang di kelas bisnes mendakwa telah diminta kencing di dalam botol selepas menolak untuk membuang air kecil di dalam sinki.
“Ini bukan masalah kecil. Ini isu besar terutama berkaitan dengan kesihatan dan kebersihan penumpang,” katanya.