Skip to main content

Jenayah

Tak Puas Hati Pembahagian Harta, Penganggur Didakwa Bunuh Bapa Kandung

Tak Puas Hati Pembahagian Harta, Penganggur Didakwa Bunuh Bapa Kandung

Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat, atas satu pertuduhan membunuh bapa kandungnya, Sabtu lalu.

Iznan Syahir Mohammad Tasnim, 25, yang memakai baju kurta berwarna ungu mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret, S Arunjothy.

Advertisement

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes berkenaan berada bawah bidang kuasa mahkamah tinggi.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa membunuh Mohammad Tasnim Nurdin, 62, di sebuah unit pangsapuri di Bandar Seri Permaisuri, jam 3.01 pagi pada 13 September lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman mati, atau penjara seumur hidup atau tempoh tertentu, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nadia Eleena Jamaluddin Akbal sementara tertuduh tidak diwakili peguam.

Tiada jaminan diberikan dan mahkamah menetapkan 11 Disember depan untuk sebutan semula kes.

Media sebelum ini melaporkan, tidak puas hati berkaitan isu harta dipercayai menjadi punca seorang lelaki warga emas maut ditikam oleh anaknya dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Bandar Permaisuri, Cheras pada Sabtu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintenden Ridzuan Khalid berkata, mangsa ditemui dalam keadaan terlentang di ruang tamu kediamannya dengan kesan tikaman sebelum mayat dibawa ke Unit Forensik, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Cheras untuk proses bedah siasat.

Beliau berkata, anak lelaki mangsa diberkas dan direman selama tujuh hari untuk siasatan.

Sumber: Sinar Harian

 

Must-Watch Video

Advertisement