Skip to main content

Selebriti

Tepati Ramalan, Soraya Borhan Dinobatkan Sebagai Juara Penyampai Emas SINAR 2026

Soraya Borhan

Sekilas

  • Soraya Borhan dinobatkan sebagai juara Penyampai Emas SINAR 2026 dan membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 serta trofi.
  • Karl Shafeek meraih naib juara dengan hadiah wang tunai RM3,000, manakala Ady Kamal dan Fakhis masing-masing di tempat ketiga dan keempat.
  • Program Penyampai Emas SINAR 2026 mencari bakat baru dalam dunia penyampai radio khusus untuk individu berusia 35 tahun ke atas.

Finalis penyampai Emas SINAR 2026, Soraya Borhan dinobatkan sebagai juara penyampai baru stesen berkenaan, sekali gus menepati ramalan orang ramai.

Soraya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM5,000 beserta sebuah trofi.

Sementara itu, gelaran naib juara pula menjadi milik Karl Shafeek yang memenangi wang tunai sebanyak RM3,00.

Tempat ketiga dan keempat disandang oleh Ady Kamal dan Fakhis, dengan masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 dan RM500.

Manakala Rai Rahim dinobatkan sebagai pemenang tempat kelima dan Bobo menduduki tempat keenam dengan masing-masing membawa pulang wang tunai berjumlah RM500

Sekadar info, Penyampai Emas SINAR 2026 merupakan sebuah program unik yang direka untuk mencari bakat baharu dalam dunia penyampai radio.

Program ini bertujuan mencungkil individu berbakat yang mempunyai suara, personaliti dan kreativiti untuk menjadi penyampai radio profesional, sambil memberi peluang sebenar kepada

khalayak berusia 35 tahun ke atas untuk bersinar dalam kerjaya penyiaran.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement