Skip to main content

Hiburan

Ujibakat Terbuka Borneo Rising

Ujibakat Terbuka Borneo Rising

Ujibakat Rasmi

Bersedia untuk menyaksikan kelahiran bintang vokal padu luar biasa?

Borneo Rising merupakan sebuah program realiti nyanyian terbaharu bagi melahirkan pelapis industri muzik tanah air. Menampilkan 12 bakat terbaik dari seluruh Malaysia, setiap peserta akan diuji dari segi vokal padu luar biasa, versatiliti dan karisma persembahan. Hanya yang terbaik akan terus mara sehingga dinobatkan sebagai juara.

1 Ujibakat Terbuka

Borang Wajib Peserta Fizikal

Muat turun, cetak dan lengkapkan borang pendaftaran ini terlebih dahulu. Bawa borang yang telah diisi pada hari ujibakat terbuka — tiada borang, penyertaan tidak boleh diproses.

Muat Turun Borang Ujibakat Terbuka ↗

Ujibakat Terbuka

Tarikh 1 & 2 Ogos 2026 Sabtu & Ahad
Lokasi Tawau & Miri Borneo Royale, Tawau & Imperial Hotel, Miri
Tarikh 8 & 9 Ogos 2026 Sabtu & Ahad
Lokasi Kuching & Kota Kinabalu Impiana By Roxy Hotels, Kuching & The Klagan Regency @ 1 Borneo, Kota Kinabalu
 
Waktu 8.00 Pagi – 3.00 Petang
 

Nota Penting

  • Bawa gambar berukuran pasport dan bersaiz 4R.
  • Bawa kad pengenalan (IC) asal.
  • Pilih 2 lagu wajib dan bawa minus one sendiri sekiranya memilih lagu tambahan.
  • Borang pendaftaran fizikal yang telah dilengkapkan wajib dibawa — muat turun di banner atas.

Senarai Lagu Wajib

Ngarap Ka Nuan Nikal PulaiMasterpiece
DiamHael Husaini
Risk It AllBruno Mars
Bahagiamu DeritakuHafiz
Jangan Khianati AkuAzlan & The Typewriter
Lumangad Oku DikaRyenald Guntabid

Hening RinduMarsha Milan
Jangan Mati Rasa ItuAina Abdul
Sepenuh NyawakuMelissa Francis
SuteraAisha Retno
AlfianEsther Applunius
All I AskAdele

Syarat Kelayakan

Warganegara Malaysia
Berumur 18 hingga 35 Tahun
Solo, Duo & Berkumpulan
Vokal Powerful — Tarian & Alat Muzik Bonus

Cara Penyertaan

01

Muat Naik Video

Naikkan video terbaharu sekurang-kurangnya 60 saat di Instagram atau TikTok bersama hashtag #BorneoRisingCelcomDigi #BorneoRising di kapsyen. Pastikan akaun anda dalam mod umum (public).

02

Isi Borang Penyertaan

Lengkapkan butiran penuh di dalam borang penyertaan rasmi secara atas talian. Pastikan maklumat yang diberikan tepat dan lengkap.

Isi Borang Penyertaan ↗

03

Fast Lane atau Walk-In

Terpilih secara online? Anda akan dihubungi untuk mara ke ujibakat fizikal melalui Fast Lane. Tidak disenarai pendek? Anda masih boleh menyertai ujibakat fizikal secara Walk-In.

Sila baca Terma & Syarat Penuh serta Notis Privasi sebelum menghantar penyertaan.

SEMOGA BERJAYA! #BorneoRisingCelcomDigi #BorneoRising

Poster Ujibakat Terbuka Borneo Rising

Related Topics

Advertisement