Skip to main content

Filem

Bukan CGI & ‘Camera Trick’, Filem ‘Chelot’ Berjaya Cipta Sejarah Malaysia Book Of Records - “Apa Yang Berlaku 5 Minit 19 Saat Itu…”

ASTROGEMPAK Chelot

Sekilas

  • Filem 'Chelot' yang dibintangi Beto Kusyairy dan Shukri Yahaya mencipta rekod Malaysia Book Of Records untuk babak aksi 'Single Take' terpanjang tanpa CGI atau helah kamera.
  • Babak aksi tersebut dirakam menggunakan satu kamera sepanjang 1.9 kilometer dan berdurasi 5 minit 19 saat, melibatkan 50 kereta dan 300 kru.
  • Filem arahan Adrian Teh ini dijangka ditayangkan di pawagam pada Ogos depan dan mendapat sambutan hangat daripada peminat yang tidak sabar menonton.

Filem ‘Chelot’ yang dibintangi oleh pelakon hebat Beto Kusyairy dan Shukri Yahaya menerima pengiktirafan Malaysia Book Of Records bagi babak aksi ‘Single Take’ Terpanjang Filem. 

 

Menerusi perkongsian di Instagram Act 2 Picture, produksi tersebut mendedahkan kejayaan itu dicapai tanpa penggunaan kesan khas komputer (CGI) mahupun helah kamera.

 

“Bukan CGI. Bukan trick camera. 50 kereta. 300 kru. Satu shot. Dan apa yang berlaku dalam 5 minit 19 saat itu berjaya mencipta sejarah Malaysia Book of Records.

 

“Satu shot. Satu rekod. Satu filem yang bakal membawa pengalaman sinematik yang berbeza,” tulisnya. 

 

Filem arahan Adrian Teh itu dijangka menemui penonton di pawagam pada Ogos depan. 

 

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat meluahkan rasa teruja dan tidak sabar untuk menyaksikan naskhah aksi berkenaan di layar perak.

 

“Memang tertunggu betul Chelot ni. Harap keluar soon kat cinema. Tak sabar nak tengok aksi ni, nampak suspense, mind blowing. 

 

“Wow mantap ini! Tak sabar!

 

“This is going to be crazy! Let’s go,” komen beberapa wargamaya. 

 

Rekod itu dicipta menerusi kategori Babak Aksi ‘Single Take’ Terpanjang Dalam Filem (Longest Single-Take Action Sequence in a Movie). 

 

Ini adalah satu pencapaian yang jarang sekali dilakukan dalam industri perfileman tempatan kerana memerlukan ketepatan teknikal tinggi. 

 

Babak tersebut dirakam menggunakan 1 kamera untuk adegan sejauh 1.9 kilometer, dan mengambil masa 5 minit 19 saat.

 

Chelot diterbitkan oleh ACT 2 Pictures, Golden Screen Cinemas (GSC), Astro Shaw, SunStrong Entertainment dan Marvelous Culture & Film. 

 

 

View this post on Instagram

 

 

 

 

A post shared by ACT 2 PICTURES SDN BHD 再来一个电影有限公司 (@act2pictures)

Anda mungkin berminat dengan

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

Must Watch Video

Advertisement