Skip to main content

Selebriti

Dari 15 Ke 2 Biji Ubat Sehari, Andi Bernadee Kini Semakin Pulih - "Masa Sakit Dulu Turun Sampai..."

Bakar isteri

Sekilas

  • Andi Bernadee kini kembali dengan penampilan asal selepas melalui fasa kesihatan mencabar akibat penyakit autoimun hipertiroid yang memaksanya mengambil 15 biji ubat sehari.
  • Beliau mengalami simptom serius seperti gigi bernanah, badan menggigil, dan kekejangan, namun kesihatannya semakin pulih dan kini hanya perlu mengambil dua biji ubat sehari.
  • Penampilan ‘berselubung’ Andi sebelum ini bukan untuk mengasingkan diri, tetapi untuk mengalihkan perhatian orang ramai daripada perubahan fizikalnya semasa sakit.

Teka-teki imej ‘berselubung’ penyanyi dan pelakon, Andi Bernadee akhirnya terjawab apabila dirinya kini kembali dengan penampilan asal selepas melalui fasa kesihatan yang mencabar.

Andi atau nama sebenarnya Andi Azrul Andi Mapangile, 35, berkata dia terpaksa bergantung kepada kira-kira 15 biji ubat sehari selepas disahkan menghidap masalah autoimun hipertiroid.

“Penyakit saya ini autoimun hipertiroid, di mana hormon badan saya berlebihan. Bila berlebihan, ia akan serang organ-organ lain.

“Saya alami gigi bernanah sampai tiga bulan tak berhenti. Berdiri pun semput, bawa kereta tak boleh tekan pedal minyak sebab badan menggigil. Tengah tidur pula boleh menjerit sebab kekejangan,” katanya kepada Gempak.

Andi berkata demikian ketika ditemui pada majlis pra-dengar album terbaharu Ding Geding di Petaling Jaya pada Rabu.

Dalam masa sama, Andi turut memaklumkan kesihatan dirinya telah semakin pulih dan kini hanya perlu mengambil dua biji ubat sehari.

“Sekarang berat badan saya sudah mencecah 67 kilogram, masa sakit dulu turun sampai 46 kilogram.

“Sebenarnya saya sudah hidup dengan penyakit ini lebih setahun, cuma saya menafikan dan tetap teruskan kerja seperti biasa pergi ke set dan menyanyi,” ujarnya

Mengulas mengenai penampilan ‘berselubung’, Andi menjelaskan ia bukanlah untuk mengasingkan diri dari pengetahuan umum, sebaliknya bagi mengalihkan perhatian umum terhadap keadaan fizikalnya ketika itu.

“Saya ada keluar rumah, tapi tak adalah berselubung sangat. Kalau keluar pun saya pakai topi dan pelitup muka, mungkin sebab itu ramai tak perasan.

“Dalam bidang ini memang perlukan perhatian, tapi waktu itu teaser video sedang berjalan. Saya tak nak orang keliru.

“Nanti orang kata ‘kejap nampak badan lain, dalam video lain pula’, siap tuduh saya buat macam-macam. Jadi saya elakkan benda itu,” jelasnya.

Anda mungkin berminat dengan

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

Jordan Club Hat

Jordan Club Hat

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

JDT Worldwide 1070

JDT Worldwide 1070

Must Watch Video

Advertisement