Tempatan
Aston Martin Valkyrie AMR Pro - 40 Unit Dibina Dan Bakal Diserah Kepada Pemiliknya Hujung Tahun Ini
Jika anda masih ingat, Aston Martin pernah mendedahkan sebuah prototaip hypercar berasaskan Valkyrie di Geneva Motor Show 2018. Jentera itu asalnya akan dibangunkan untuk berlumba di Le Mans namun pada tahun lalu, program itu terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab tertentu.

Antaranya manfaat yang dimaksudkan adalah platform unik yang mempunyai ukuran tapak roda yang lebih panjang sebanyak 380mm, serta jarak antara roda kiri dan kanan yang lebih lebar iaitu 96mm di hadapan dan 115mm di belakang.

Satu lagi manfaat yang dinikmati oleh jentera ini adalah pengurangan berat seperti penggunaan komponen suspensi yang diperbuat daripada gentian karbon serta tingkap polikarbonat. Sistem hibridnya juga disingkirkan, bermakna Valkyrie AMR Pro mendapat bekalan kuasanya daripada satu sumber sahaja iaitu enjin 6.5-liter V12 yang menjana 1,000hp.

Aston Martin merancang untuk menghasilkan 40 unit Valkyrie AMR Pro dan penyerahannya dijangka bermula pada suku keempat tahun ini. Pelanggan bakal mendapat pakej pengalaman memandu di litar-litar FIA di seluruh dunia dan pelbagai lagi.

Must-Watch Video