Kumpulan trio hip hop Nico G gagal meneruskan perjuangan di pentas Gegar Vaganza 8 (GV8) apabila tersingkir pada konsert minggu ketiga malam tadi.
Namun, 12 bintang akan meneruskan perjuangan dengan tugasan baharu pada konsert keempat!
Bertemakan 'Berdiri Bulu Romaku', bintang GV8 akan menyanyikan lagu-lagu yang 'menyeramkan' dengan kreativiti sendiri.
Jom semak senarai lagu yang akan dinyanyikan bintang-bintang GV8 minggu ini.
1. Nikki Palikat - Zombie (The Cranberries)
2. Aliff Aziz - Jika Kau Rasa Getarannya (Slam)
3. Adibah Noor - Jika (Melly Goslow & Ari Lasso)
4. Suki Low - Jampi (Hael Husaini)
5. SA.YA - Getaran Jiwa (Tan Sri P. Ramlee)
6. Aweera - Bila Cinta (Gio)
7. Upiak Isil - Cinta Sejati (Bunga Citra Lestari)
8. Bandi Amuk - Satu Kesan Abadi (Iklim)
9. Shidee - Hati Yang Terluka (Broery Marantika)
10. Ani Maiyuni - Lebih Indah (Datuk Seri Siti Nurhaliza)
11. Azan Scan - Dir (Rahim Maarof)
12. Datuk Fazley Yaakob - Mahligai Syahdu (Datuk Hattan)
Dihoskan oleh Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV8 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.
GV8 turut menampilkan Datuk Ramli MS dan mengembalikan Hetty Koes Endang serta Datuk Syafinaz Selamat sebagai juri tetap dan akan dibantu juri jemputan setiap minggu.
Teruskan menonton GV8 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.
Rangkaian program GV8 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ yang akan disiarkan pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang bermula 15 November.
Bagi yang terlepas untuk menonton, program ‘Kompilasi Kapsul Gegar Vaganza S8’ akan disiarkan khas pada setiap hari Sabtu, jam 7.00 malam mulai 20 November 2021.
Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV8’ bermula 21 November 2021.
Dalam pada itu, Program realiti Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) terbitan Astro Ria telah dinobatkan sebagai Program Muzik/Tarian Terbaik Asia di Asian Academy Creative Awards 2021 (AACA 2021) yang berlangsung di Singapura pada 3 Disember lalu.
Amri Hassan
Mon Dec 06 2021
Orang Kaya India Habiskan RM102 Juta Untuk Kahwin, Mariah Carey Jadi Artis Undangan
Kisah perkahwinan megah dan mewah orang kaya India ‘kembali’ lagi.
"Saya Beruntung Ada Isteri Secantik Wawa" - Aeril Zafrel Tak Pernah Terlintas Nak Curang
Pelakon dan usahawan popular Aeril Zafrel tidak pernah terlintas untuk mencurangi isterinya Wawa Zainal
"Minta Maaf, Memaafkan Perlu Ikhlas, Jangan Sampai Memalukan Orang" - Syamsul Debat
Meminta maaf dan memaafkan tidak perlu meletakkan sebarang syarat apatah lagi sehingga mengaibkan dan menjatuhkan maruah orang lain.
Selepas Agih Ayam Secara Percuma, Geng Bertopeng Belanja Telur Sepapan Pula!
Sekumpulan individu dengan imej ‘bertopeng’ yang bertindak mengagihkan ayam secara percuma kepada orang ramai berhampiran Bukit Bintang berjaya mencuri perhatian ramai baru-baru ini.
Beza Agama, Ulama Berpendapat Pernikahan Rizky & Mahalini Bakal Tidak Sah?
Hubungan asmara penyanyi Rizky Febian dan Mahalini baru-baru ini menjadi perbualan hangat selepas salah seorang keluarga terdekat Mahalini telah berkongsi mengenai tarikh perkahwinan mereka.
Michael Ang Tak Setuju Budaya Minta Maaf Sambil Melutut - "Nak Orang Minta Maaf Tak Perlu Post Di Media Sosial"
Isu mengenai isteri kepada penyanyi rap, Caprice iaitu Farra Inalis yang meminta individu yang menghina anaknya melutut untuk meminta maaf mendapat perhatian ramai termasuk pengarah dan penerbit, Michael Ang.
Linkin Park Bakal Reunion, Vokalis Evanescence Ganti Mendiang Chester Bennington?
Satu sumber memberitahu kumpulan legenda Linkin Park akan reunion sekaligus melakukan siri jelajah konsert pada 2025.
Kekasih 40 Tahun Lebih Muda, Cher: “Seusia Saya Ramai Sudah Mati”
Sekitar akhir tahun 2022, penyanyi Cher mendedahkan dirinya kembali dilamun cinta menerusi perkongsian foto mesra bersama seorang lelaki.
Pernah Kaut Pendapatan Tinggi Live TikTok, Riezman Khuzaimi Dilantik Duta Agensi KamiSempoi
Setelah lebih dua tahun beroperasi, agensi Tiktok KamiSempoi International Agency melantik pelakon Riezman Khuzaimi sebagai duta.
"Benda Dah Settle Kenapa Nak Ungkit Lagi?" - Muaz Zabir Bidas Kenyataan Aliff Aziz!
Muaz Zabir tampil bersuara susulan isu podcast Aliff Aziz baru-baru ini.