Hubungan asmara penyanyi Rizky Febian dan Mahalini baru-baru ini menjadi perbualan hangat selepas salah seorang keluarga terdekat Mahalini telah berkongsi mengenai tarikh perkahwinan mereka.

Beza agama

Namun, sedikit sebanyak timbul pelbagai reaksi orang ramai mengenai berita tersebut kerana umum mengetahui tentang perbezaan status agama mereka.

Perkhabaran tentang tarikh perkahwinan pelantun lagu Sial dan Cuek itu turut mendapat perhatian Ketua Majlis Ulama Indonesia, KH M. Cholil Nafis.

Tidak sah?

Menerusi ulang siar di platform X, Cholil telah menegaskan jika pernikahan beda agama tidak sah dan hukumnya sama dengan berzina.

“Nikah beza agama menurut Islam itu tidak sah. Pemerintah hanya melakukan pencatatan nikah, bukan mengesahkan akad nikahnya. Artinya, perkawinan beza agama itu saat hubungan suami isteri sama dengan berzina menurut ajaran Islam.

“Ulama sepakat, perempuan muslimah tidak sah menikah dengan bukan muslim, manakala lelaki muslim menikah dengan bukan muslimah hukumnya berbeza pendapat, ada yang membolehkan juga ada yg melarangnya tapi ulama muatahir mengharamkan," tulisnya.

Bagaimanapun, tiada lagi sebarang respons atau kenyataan daripada pihak Rizky atau Mahalini mengenai isu tersebut.

Majlis perkahwinan anak pelawak Sule dan Mahalini dipercayai bakal diadakan pada tarikh hari ini iaitu tanggal 5 Mei.

Untuk info, Rizky merupakan seorang muslim manakala Mahalini penganut Hindu.


Berita Trending: Rizky Febian, Penyanyi Lagu Sial, Mahalini Kahwin 5 Mei Ini

Berita Trending: Rizky Febian Didakwa Murtad Gara-Gara Ikut Sambut Perayaan Nyepi