BMW Malaysia mengambil peluang pada untuk menawarkan BMW Elite M Card buat pemilik kenderaan BMW M Performance.

Program keistimewaan itu didatangkan pelbagai manfaat M-specific yang eksklusif untuk menyinambungkan tawaran BMW Privileges Elite Card yang sebelum ini dinikmati oleh pemilik jentera BMW.

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Harald Hoelzl, berkata, ’M’ ialah abjad yang paling berkuasa di dunia, maka keistimewaan pemilikan M-specific yang ditawarkan kepada pemilik BMW M itu sememangnya bertepatan.

“Menerusi pengenalan BMW Elite M Card, kami ingin terus memperkayakan khidmat bertaraf dunia yang diunjurkan oleh BMW.

“Pemilik kini boleh menikmati pelbagai ganjaran yang disediakan menerusi program keistimewaan ini dengan hanya menjadi sebahagian daripada famili BMW M,” katanya.

Sejajar dengan pengalaman pemilikan premium yang dijanjikan oleh BMW Malaysia, pemilik BMW Elite M Card dapat menikmati acara-acara ‘M Track’ di peringkat tempatan dan serantau pada harga eksklusif. Pemegang kad itu juga boleh memanfaatkan diskaun tambahan bagi acara ‘BMW Driver Training’ serta barangan ‘BMW lifestyle’.

Di samping itu, mereka juga akan diberikan keutamaan bagi janji temu servis dan ‘Reception at the Car’ (RATC) di semua outlet BMW M Service serta wakil pengedar BMW M, termasuk diskaun istimewa bagi pengguna setia BMW M serta laman khas untuk anda dalam Aplikasi Mudah Alih BMW Group Loyalty+.

Pemilik BMW M kini akan memiliki akses menyeluruh ke atas semua tawaran yang dinikmati sebelum ini menerusi BMW Privileges Card yang meliputi: