Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS akan terus mengukuhkan kerjasama dengan kerajaan negeri serta pemegang hak dalam usaha untuk mewujudkan lebih banyak kemudahan litar lumba kekal untuk melancarkan penganjuran kejuaraan nasional itu.

Setakat ini, tiga pusingan untuk musim 2020 nanti bakal dilangsungkan di litar lumba kekal dan ini adalah seiring dengan objektif utama pihak penganjur untuk membantu kemudahan sedia ada, selain menuntut lebih banyak fasiliti perlumbaan diwujudkan pada masa akan datang.

Pengarah Safe Aim Mutual Sdn Bhd, Ron Hogg berkata, 30 peratus daripada kejuaraan itu bakal diadakan di litar kekal dan ia adalah satu permulaan yang baik.

Menurutnya, sejujurnya, Cub Prix mahukan lebih banyak pusingan diadakan di litar tetap yang serba lengkap, sekali gus menepati standard yang dituntut dalam kejuaraan kompetitif seperti itu.

“Buat masa ini, kami sedang bekerjasama dengan beberapa tuan rumah bagi venue kejuaraan yang sudah menunjukkan minat untuk mengubah litar jalanan kepada litar lumba kekal.

“Justeru, kami berharap usaha ini akan menjadi berita gembira untuk dikongsi pada pertengahan musim 2020 nanti,” katanya.

Daripada 10 pusingan yang dijadualkan berlangsung pada musim 2020 nanti, tiga pusingan akan diadakan di litar lumba kekal iaitu di Litar Lumba Tangkak, Johor, Litar Permotoran Kompleks Sukan Negeri Terengganu di Kuala Terengganu dan pusingan penutup musim di Litar Antarabangsa Sepang.

Kalendar Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS musim 2020 akan bermula pada Mac depan dengan Litar Lumba Tangkak bakal menjadi tempat untuk pusingan pembuka tirai.

Berikut kalendar Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS untuk musim 2020: