Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) mengumumkan kerjasama baru dengan FWD Takaful Berhad untuk menawarkan pelan perlindungan takaful keluarga FWD Protect Direct percuma selama setahun untuk jumlah perlindungan bernilai RM100,000 kepada pembeli X-Trail dan Serena S-Hybrid.
FWD Protect Direct adalah pelan takaful dalam talian yang menawarkan perlindungan penuh buat seisi keluarga dalam satu pelan tunggal.
Ia juga boleh memilih pelan individu, pasangan, keluarga (sehingga dua orang anak) dan ibu/bapa tunggal (sehingga dua orang anak) bagi memenuhi keperluan keluarga anda. Dengan hanya satu sijil, ia memudahkan pelanggan daripada perlu menguruskan beberapa sijil takaful untuk seluruh keluarga.
Pelanggan yang membeli Nissan X-Trail atau Serena S-Hybrid bermula 1 Februari sehingga 30 April 2020 akan menerima sekeping kad promo FWD Takaful bersama satu kod unik dan perincian bagaimana untuk menebus perlindungan takaful percuma selama 1 tahun mereka menerusi laman web FWD Takaful.
Penebusan mesti dibuat sebelum 30 Mei 2020. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai FWD Protect Direct, sila layari laman web fwd.com.my/direct/protect-direct.
Bukan itu sahaja, pelanggan Nissan boleh menikmati pelan bayaran bulanan yang menarik untuk model-model Nissan bermula serendah RM749 bagi Nissan Almera, RM958 untuk Nissan Navara, RM1,275 untuk Nissan X-Trail dan RM1,295 bagi sebuah Nissan Serena S-Hybrid.
10 pelanggan bertuah juga berpeluang memenangi Perkakas Rumah Premium CUCKOO bernilai sehingga RM60,000 apabila mereka membeli dan mendaftarkan mana-mana model Nissan sepanjang Februari 2020.
Erywan
Wed Feb 12 2020
"Saya Tak Takut Dibenci Penonton Kerana Watak Jahat" - MK K-Clique
Watak Bono dalam filem Rebel : Berontak Untuk Berotak menampilkan sisi berbeza penyanyi dan pelakon MK K-Clique
1.6 Juta Peminat Banjiri Konsert Percuma Madonna, Cipta Sejarah Lebih 4 Dekad
Madonna mencetak sejarah apabila lebih satu juta penonton membanjiri tapak konsert percuma yang dilakukannya di Brazil bersempena dengan persembahan terakhir dalam The Celebration Tour.
Lagi Individu Sama Dakwa Rossa Sera Kacau Suami Orang - “Sesiapa Tinggal 'Area' Tempat Rossa Tolonglah Telefon JAIS”
Nama bekas isteri Shuk Sahar, Rossa Serra menjadi perbualan hangat baru-baru ini apabila didakwa menjadi orang ketiga sehingga merosakkan rumah tangga sepasang suami isteri.
"Syasya Akan Ikut Suami Sambung Belajar Ke Luar Negara" - Rozie Othman
Nenek kepada bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal iaitu pelakon Rozie Othman memaklumkan cucunya bakal berangkat ke luar negara bersama suaminya untuk menyambung pelajaran pada Jun nanti.
Orang Kaya India Habiskan RM102 Juta Untuk Kahwin, Mariah Carey Jadi Artis Undangan
Kisah perkahwinan megah dan mewah orang kaya India ‘kembali’ lagi.
"Saya Beruntung Ada Isteri Secantik Wawa" - Aeril Zafrel Tak Pernah Terlintas Nak Curang
Pelakon dan usahawan popular Aeril Zafrel tidak pernah terlintas untuk mencurangi isterinya Wawa Zainal
"Minta Maaf, Memaafkan Perlu Ikhlas, Jangan Sampai Memalukan Orang" - Syamsul Debat
Meminta maaf dan memaafkan tidak perlu meletakkan sebarang syarat apatah lagi sehingga mengaibkan dan menjatuhkan maruah orang lain.
Selepas Agih Ayam Secara Percuma, Geng Bertopeng Belanja Telur Sepapan Pula!
Sekumpulan individu dengan imej ‘bertopeng’ yang bertindak mengagihkan ayam secara percuma kepada orang ramai berhampiran Bukit Bintang berjaya mencuri perhatian ramai baru-baru ini.
Beza Agama, Ulama Berpendapat Pernikahan Rizky & Mahalini Bakal Tidak Sah?
Hubungan asmara penyanyi Rizky Febian dan Mahalini baru-baru ini menjadi perbualan hangat selepas salah seorang keluarga terdekat Mahalini telah berkongsi mengenai tarikh perkahwinan mereka.
Michael Ang Tak Setuju Budaya Minta Maaf Sambil Melutut - "Nak Orang Minta Maaf Tak Perlu Post Di Media Sosial"
Isu mengenai isteri kepada penyanyi rap, Caprice iaitu Farra Inalis yang meminta individu yang menghina anaknya melutut untuk meminta maaf mendapat perhatian ramai termasuk pengarah dan penerbit, Michael Ang.