Modifikasi
Honda Aventador
Modifikasi menukar imej kereta sedia ada menjadi jenama lain bukannya suatu yang baru.
Di Malaysia, produk Proton boleh ditukar menjadi wajah model rali Subaru dan Mitsubishi. Ini budaya modifikasi yang tidak dapat disanggah.
Kalau di India, transformasi yang dilakukan sememangnya gempak. Mereka boleh menukar sebuah kereta Honda menjadi Ferrari dan Lamborghini.
Contohnya di sini. Sebuah Honda Accord menjadi Lamborghini Aventador. Buatan Mumbai!
Merujuk kepada satu klip video yang dimuat naik di YouTube, Aventador Mumbai ini menyaksikan transformasi kosmetik luar dan dalam.
Kit dan hasil kerja syarikat Executive Modcar Trendz ini terbukti mampu menarik perhatian orang ramai. Penelitian yang dilaksanakan layak dipuji.
Setiap sudut disalin bagaikan sebuah Lamborghini bernilai jutaan ringgit. Pintunya adalah jenis scissor. Lampu depan dan belakang bertatah imej kenderaan jenama Itali itu. Ekzos pula ditempatkan di bahagian tengah.
Paparan dalam kabin pula agak wow. Enjin dihidupkan dengan menekan butang pada bahagian tengah konsol macam butang jet gaya Lamborghini dan kluster instrumen agak impresif. Itu belum lagi kami menilai tempat duduk sport.
Ada sesiapa mahu menukar Proton Saga kesayangan menjadi Lamborghini? Jika ada, jangan lupa hubungi kami.
Must-Watch Video