TEMPATAN
Laris! Jualan Isuzu D-Max Baharu Di Malaysia Meningkat 100 Peratus
Jualan Isuzu D-Max serba baru di Malaysia melonjak dengan kadar 100 peratus peningkatan untuk tempahannya sejak ia mula diperkenalkan sekali gus mencerminkan fenomena global yang menyaksikan kenaikan ketara permintaan terhadap trak pikap itu.
Purata tempahan dalam sebulan yang diterima kini lebih daripada 1,200 unit sejak ia dilancarkan pada April lalu mencatatkan lonjakan berbanding purata bulanan sebelum ini yang hanya 500 unit.

Varian paling laris adalah 1.9-liter Premium (Auto) dengan mencatatkan 36 peratus, manakala 61 peratus adalah pembeli daripada Semenanjung. Nampaknya, ia mengubah corak tradisional dengan nisbah 60/40 yang mana bahagian besar itu biasanya disumbangkan oleh pasaran Malaysia Timur.

Isuzu D-Max mula menawarkan pilihan untuk memenuhi segmen gaya hidup dalam pasaran tempatan, 81 peratus pembelinya menyatakan bahawa mereka akan menggunakan trak pikap bagi kedua-dua tujuan kerja dan santai.

“Sasaran semasa kami adalah untuk memastikan serahan trak pikap ini berjalan lancar, selamat dan tepat masa kepada pemiliknya, walaupun dalam mendepani cabaran pengurusan serta logistik baik di pasaran tempatan mahupun global," katanya.
Must-Watch Video