Pemilik kenderaan mewah seperti Lexus jarang sekali membawa kenderaan mereka masuk ke dalam hutan tetapi itu tidak bermakna yang kenderaan buatan jenama mewah Jepun itu tidak mampu menghadapi cabaran lasak.
Bagi membuktikan kebolehan kenderaan mereka, Lexus Canada sudah menghasilkan sebuah model konsep GX Overland. Jentera unik ini membuat penampilannya di Montréal International Auto Show.
Menggunakan GX460 Executive Package sebagai asas, GX Overland Concept hadir dengan khemah di atas bumbung yang lengkap dengan tempat tidur dan mandi (shower cube) serta atap tambahan (awning) yang boleh dilipat.
Selain itu, ia juga dilengkapi dengan sistem suspensi Icon dengan takungan luaran serta rim off-road Rays yang dibalut tayar Toyo Open Country. Takal pada bampar hadapan serta plat besi pada bahagian bawah badan memberikan perlindungan tambahan kepada SUV ini.
Ruang dalaman kelihatan mewah seperti versi standard dengan upholsteri kulit berwarna merah dan hitam pada tempat duduk dan panel pintu. Penumpang belakang mempunyai skrin infotainmen mereka sendiri.
Lexus bagaimanapun tidak menyatakan sama ada model konsep ini menerima naik taraf kuasa atau tidak. Dalam versi standard, GX460 dikuasakan oleh enjin 4.6-liter V8 yang menghasilkan 301hp dan 446Nm. Enjin itu digandingkan dengan kotak gear automatik enam kelajuan dan sistem pacuan empat roda.
Kemungkinan untuk Lexus Canada menghasilkan versi produksi model konsep itu adalah sangat rendah, namun ini tidak bermakna pemilik tidak boleh melakukan sendiri modifikasi seperti ini.
Erywan
Mon Feb 03 2020
THSS: Bukan Sekadar Pentas Nyanyian, Peserta The Hardest Singing Show Bakal Sajikan Aksi Lagak Shownmanship Yang Luar Biasa!
Program pertama paling susah di Malaysia, 'The Hardest Singing Show' bakal menguji kestabilan fizikal, mental dan kreativiti peserta dalam persembahan, di mana secara tidak langsung turut menguji kualiti vokal nyanyian mereka.
Hafiz Hamidun Berjaya Gabung Elemen Islamik & Budaya Melayu Dalam Konsert Zikir Dikir - “Kalau Ikutkan, Idea Untuk…”
Tahniah Hafiz Hamidun!
Tak Gemar Sambut Birthday, Ziana Zain Menangis Terima Surprise Anak-Anak
Penyanyi terkenal, Ziana Zain akui tersentuh apabila mendapat kejutan daripada anak-anaknya ketika ulang tahun kelahirannya yang ke-55 pada tahun lalu.
Uji Bakat - TikTok X ASTRO LIVE Gimme The Mic
Korang rasa korang ada bakat terpendam yang ingin dikongsikan? Ini lah masanya untuk anda menyerlah dan andalah yang kami cari! Jom join Gimme The Mic sekarang!
Netizen Sempat Rakam Detik Cemas Pokok Tumbang Hempap Landasan Monorel, Kereta Di Jalan Sultan Ismail
Doakan semoga semuanya selamat.
[PROMO] TikTok X Astro - Gimme The Mic MY
Lelaki Kantoi Curi & Kumpul 675 Helai Seluar Dalam Wanita
Pelik tapi benar. Itulah yang boleh diperkatakan berkaitan satu perbuatan jenayah di mana seorang individu mencuri dan mengumpul sebanyak 675 helai seluar dalam wanita.
Aina Abdul Dikritik Bawa Lagu Whitney Houston, Tyra Kamaruzzaman Respon - “Wedding I Suka Hati Lah, Bey Soba Bey Pun Boleh”
Tuan badan punya wedding dah jawab.
Ke Kodiang With Love: Recap Episod 1 & 2 - Semua Effort Gagal, Agak-Agaknya Dapat Ke Ajib Pikat Naziah?
Bila buat perancangan nak pikat Naziah, ada sahaja masalah yang terpaksa dihadapi oleh Ajib. Persoalannya, adakah plan yang dirancang oleh Ajib untuk bersama Naziah akhirnya berjaya? Jadi bagi yang tak sempat menonton, berikut merupakan recap drama Ke Kodiang With Love.
Polis Jumpa Ular Dalam Seluar
Seorang lelaki ditahan selepas cuba menyeludup dua ekor ular yang disembunyikan di dalam seluarnya