Mercedes-Benz terus memperkembangkan portfolio kenderaan elektrik mereka dengan memperkenalkan EQA 250 untuk pasaran Eropah dan China. Di Jerman, model ini akan dijual pada harga bermula dari 47,540 Euro (RM232,637).
Menggunakan platform GLA generasi kedua sebagai asas, EQA mempunyai beberapa elemen rekaan unik yang membezakannya dengan model enjin pembakaran dalam itu. Antaranya adalah gril radiator panel hitam, serta jalur lampu pada bahagian hadapan dan belakang yang membuatkannya lebih mudah untuk dilihat pada waktu siang dan malam. Jalur berwarna biru di dalam lampu utama pula menandakan ia model elektrik sepenuhnya.
Susun atur ruang kabin EQA tidak jauh berbeza dengan GLA, kecuali terdapat beberapa ciri yang menjadikan ia unik seperti trim emas ros (rose gold) pada corong pendingin hawa, tempat duduk dan kunci, serta elemen trim bercahaya. Versi istimewa Edition 1 pula hadir dengan upholsteri kulit berlubang.
Kuasa untuk EQA 250 dibekalkan oleh sebuah motor elektrik pada gandar hadapan yang menjana 140kW (187hp) dan 375Nm. Dari segi prestasi, SUV ini memerlukan 8.9 saat untuk melakukan pecutan 0-100km/j dan boleh mencapai kelajuan maksimum di bawah 160km/j. Menurut Mercedes-Benz, versi lebih berkuasa dengan konfigurasi motor berkembar dengan 200kW (268hp) akan diperkenalkan pada masa depan.
Pek bateri berkapasiti 66.5kWj yang terletak di tengah-tengah casis memberikan tenaga yang cukup untuk pemanduan sejauh 486km dengan satu cas penuh. Bateri terbabit boleh dicas sehingga 80% dalam tempoh hanya 30 minit menggunakan sistem pengecasan pantas DC berkapasiti 100kW. Sementara itu, pengecas AC 11kW pula boleh memenuhkan kuasa bateri tersebut dalam masa enam jam.
Bercakap tentang pengecasan, pemilik EQA boleh mengecas kenderaan mereka di lebih 175,000 stesen pengecas awam di seluruh Eropah dengan menggunakan ciri Mercedes me Charge yang disertakan secara standard.
Selain itu, EQA juga didatangkan dengan beberapa teknologi lain. Antaranya adalah pam haba yang menggunakan haba berlebihan dari motor elektrik dan bateri untuk memanaskan ruang penumpang. Teknologi ini dikatakan dapat menjimatkan tenaga bateri sekali gus memaksimumkan jarak pemanduan. Turut disertakan adalah sistem bantuan pemandu pintar seperti Active Lane Keeping Assist dan Active Brake Assist.
Erywan
Tue Feb 09 2021
THSS: Bukan Sekadar Pentas Nyanyian, Peserta The Hardest Singing Show Bakal Sajikan Aksi Lagak Shownmanship Yang Luar Biasa!
Program pertama paling susah di Malaysia, 'The Hardest Singing Show' bakal menguji kestabilan fizikal, mental dan kreativiti peserta dalam persembahan, di mana secara tidak langsung turut menguji kualiti vokal nyanyian mereka.
Hafiz Hamidun Berjaya Gabung Elemen Islamik & Budaya Melayu Dalam Konsert Zikir Dikir - “Kalau Ikutkan, Idea Untuk…”
Tahniah Hafiz Hamidun!
Tak Gemar Sambut Birthday, Ziana Zain Menangis Terima Surprise Anak-Anak
Penyanyi terkenal, Ziana Zain akui tersentuh apabila mendapat kejutan daripada anak-anaknya ketika ulang tahun kelahirannya yang ke-55 pada tahun lalu.
Uji Bakat - TikTok X ASTRO LIVE Gimme The Mic
Korang rasa korang ada bakat terpendam yang ingin dikongsikan? Ini lah masanya untuk anda menyerlah dan andalah yang kami cari! Jom join Gimme The Mic sekarang!
Netizen Sempat Rakam Detik Cemas Pokok Tumbang Hempap Landasan Monorel, Kereta Di Jalan Sultan Ismail
Doakan semoga semuanya selamat.
[PROMO] TikTok X Astro - Gimme The Mic MY
Lelaki Kantoi Curi & Kumpul 675 Helai Seluar Dalam Wanita
Pelik tapi benar. Itulah yang boleh diperkatakan berkaitan satu perbuatan jenayah di mana seorang individu mencuri dan mengumpul sebanyak 675 helai seluar dalam wanita.
Aina Abdul Dikritik Bawa Lagu Whitney Houston, Tyra Kamaruzzaman Respon - “Wedding I Suka Hati Lah, Bey Soba Bey Pun Boleh”
Tuan badan punya wedding dah jawab.
Ke Kodiang With Love: Recap Episod 1 & 2 - Semua Effort Gagal, Agak-Agaknya Dapat Ke Ajib Pikat Naziah?
Bila buat perancangan nak pikat Naziah, ada sahaja masalah yang terpaksa dihadapi oleh Ajib. Persoalannya, adakah plan yang dirancang oleh Ajib untuk bersama Naziah akhirnya berjaya? Jadi bagi yang tak sempat menonton, berikut merupakan recap drama Ke Kodiang With Love.
Polis Jumpa Ular Dalam Seluar
Seorang lelaki ditahan selepas cuba menyeludup dua ekor ular yang disembunyikan di dalam seluarnya