Pengeluar tayar terkemuka dunia, Michelin memperluaskan rangkaiannya dengan memperkenalkan 4 tayar baharu untuk pengguna jentera roda di Malaysia menerusi Power 5, Power GP, Power Cup2 dan Power Slick2.

Produk berkenaan mampu memenuhi keperluan semua rangkaian segmen motosikal berkuasa tinggi di negara ini.

Bagi produk Power 5 dan Power GP, ia ditugaskan untuk memberi kelancaran penunggang motosikal di jalan raya biasa. Material yang digunakan adalah sebatian getah inovatif yang menggabungkan silika dan karbon hitam.


Power 5 adalah tayar untuk kegunaan di jalan raya biasa 100 peratus yang dibangunkan untuk memberi kelancaran di laluan basah dan dilengkapi ciri keselamatan di jalan basah. Ia sudah terbukti memberi prestasi terbaik berbanding tayar jenama lain.


Bagi Power GP pula, ia adalah tayar pakej yang mana 50 peratus boleh digunakan di jalan biasa dan 50 peratus lagi di litar. Pada bahagian tepi tayar, ia memberi cengkaman dan kestabilan yang luar biasa sekali gus sesuai ditunggang di litar.


Berbeza pula untuk Power Cup2 dan Power Slick 2 yang mana kedua-dua tayar ini dicipta khas untuk kegunaan di litar lumba. Dari segi nisbah, Power Cup 2 hanya 10 peratus sahaja sesuai digunakan di jalan raya biasa, manakala 90 peratus lagi di litar.


Power Slick2 pula, ia 100 peratus untuk kegunaan litar sesuai bagi mereka yang kerap menyertai acara trackday. Apa yang menariknya, keempat-empat tayar itu mempunyai ciri unik Michelin iaitu Premium Touch Technology pada bahagian sisi tayar.

Harganya, anda boleh lihat di bawah: