Fuhhh! Ingatkan minggu pertama Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021 sahaja yang kecoh! Rupa-rupanya minggu kedua pun tak kurang hebatnya.
Malam tadi, sepanjang berlangsungnya MLM2021, beberapa perkara telah menarik perhatian Gempak. Antaranya ialah mengenai ketiadaan beberapa pelawak dalam kumpulan masing-masing dan persengketaan di antara ketua juri, Datuk Rosyam Nor dan ‘Sang Bara’.
Minggu lalu, ‘Sang Bara’ menjadi kontroversi apabila ramai yang tidak berpuas hati dengan komen pedas dan terlalu garang, tanpa filter makhluk bertopeng tersebut.
Menerusi pemerhatian Gempak malam tadi, ‘Sang Bara’ lebih lembut memberikan komen berbanding minggu lalu.
Mungkin kerana minggu lalu ‘Sang Bara’ cuba nak ‘test’ ketahanan mental pelawak-pelawak di pentas MLM 2021. Bak kata ‘Sang Bara’ minggu lepas “RM500,00 beb yang kau rebut ni…”
Cuma, nampaknya ketua juri Datuk Rosyam Nor pula nampak tak puas hati dengan ‘Sang Bara’! Sampai nak dipulas tengkuk ‘Sang Bara’ kalau dia tahu siapa disebalik topeng tu!
‘Sang Bara’ pula nampak tak gentar dengan ‘ugutan’ tu sampai Datuk Rosyam kata “kalau berani keluarlah dari topeng tu, duduk sini sekali bagi komen…Duduk dalam tu beranilah!”
Dengar macam serius, tapi unsur-unsur ‘lawak-geram’ tu tetap menghiburkan penonton di Putrajaya International Convention Centre (PICC).
Tak perlu jadikan ‘ugutan’ tersebut sebagai benda serius pun gais, benda spontan dalam program lawak kan? Yang penting semua orang terhibur.
Tetapi dalam keterujaan kita berhibur ada juga berita mengejutkan seperti ketiadaan Vicha bersama Puteh, Tapai yang masih belum muncul dengan kumpulan Taici dan berita mengenai Shuk Sahar tarik diri daripada Tobat!
Walaupun ramai di PICC terkejut selepas pengacara MLM 2021, Datuk AC mengumumkan mengenai penarikan diri Shuk secara tiba-tiba, namun anggota Tobat iaitu Bell dan Ropie akur dengan keputusan tersebut.
Sebelum ini, Yassin menarik diri daripada MLM 2021 dan meninggalkan kumpulan Ori atas sebab peribadi.
Bagaimanapun Gempak dimaklumkan Vicha dan Tapai akan kembali ke pentas MLM 2021 minggu hadapan.
MLM 2021 dibawakan secara langsung setiap Jumaat, 9 malam ditayangkan eksklusif di Astro Warna (saluran 107) dan untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform Astro GO dan On Demand.
Dalam pada itu, penyampai radio SINAR, Dina Nadzir bertindak sebagai pengacara “Backstage MLM 2021”, edisi sisipan di belakang pentas atau di sebalik tabir MLM 2021.
Manakala penyampai radio GEGAR, Issey Fazlisham dan penyanyi baharu kacukan Malaysia-Filipina, Yazmin Aziz memegang peranan sebagai pengacara program Live Plus (Live +).
Fiza Kamarudin
Sat Oct 23 2021
Uji Bakat - TikTok X ASTRO LIVE Gimme The Mic
Korang rasa korang ada bakat terpendam yang ingin dikongsikan? Ini lah masanya dan andalah yang kami cari! Jom join Gimme The Mic sekarang!
Netizen Sempat Rakam Detik Cemas Pokok Tumbang Hempap Landasan Monorel, Kereta Di Jalan Sultan Ismail
Doakan semoga semuanya selamat.
[PROMO] TikTok Gimme The Mic MY
Lelaki Kantoi Curi & Kumpul 675 Helai Seluar Dalam Wanita
Pelik tapi benar. Itulah yang boleh diperkatakan berkaitan satu perbuatan jenayah di mana seorang individu mencuri dan mengumpul sebanyak 675 helai seluar dalam wanita.
Aina Abdul Dikritik Bawa Lagu Whitney Houston, Tyra Kamaruzzaman Respon - “Wedding I Suka Hati Lah, Bey Soba Bey Pun Boleh”
Tuan badan punya wedding dah jawab.
Ke Kodiang With Love: Recap Episod 1 & 2 - Semua Effort Gagal, Agak-Agaknya Dapat Ke Ajib Pikat Naziah?
Bila buat perancangan nak pikat Naziah, ada sahaja masalah yang terpaksa dihadapi oleh Ajib. Persoalannya, adakah plan yang dirancang oleh Ajib untuk bersama Naziah akhirnya berjaya? Jadi bagi yang tak sempat menonton, berikut merupakan recap drama Ke Kodiang With Love.
Polis Jumpa Ular Dalam Seluar
Seorang lelaki ditahan selepas cuba menyeludup dua ekor ular yang disembunyikan di dalam seluarnya
Faisal Halim Kritikal, Tangan Kiri Sukar Bergerak
Doakan Faisal cepat sembuh
Shila Amzah Berharap Dapat Bersalin Secara Normal - “Ini Merupakan Yang Paling Lama Saya Mengandung…”
Semoga dipermudah.
Caprice & Isteri Berhenti Kongsi Mengenai Anak Di Laman Sosial - “Maaf Untuk Ibu Bapa Yang Suka Sama-Sama…”
Caprice seronok dapat kongsi pengalaman jaga bayi.