TEMPATAN
Proton Sasar Pulihkan Jualannya Bagi Empat Bulan Terakhir Tahun Ini
Selepas hampir tiga bulan mengharungi keadaan pasaran yang amat sukar disebabkan pencegahan penularan Covid-19, jenama kereta nasional PROTON mensasarkan untuk mengakhiri tahun 2021 dengan impak yang nyata.
Ini berikutan aktiviti pengeluaran, jualan dan eksport kembali beroperasi yang dijangkakan akan meningkatan hasil jualan bermula September.

Produksi terhad sudah dijalankan di kilang Tanjung Malim selepas pegumuman negeri Perak sebagai negeri Fasa 2 pada 5 Julai, tetapi ini hanya untuk seketika akibat kekurangan bekalan dari pembekal di Selangor.
Sehingga penghujung Ogos, jumlah jualan adalah sebanyak 63,637 unit, iaitu satu peningkatan sebanyak 1.6 peratus berbanding tempoh yang sama tahun 2020.

“Tahun 2021 amat mencabar bagi industri automotif kerana perintah kawalan pergerakan, kekurangan bekalan cip dan beberapa isu lain yang merencatkan perkembangan jualan, namun kita yakin jualan industri akan meningkat secara keseluruhan dalam tempoh 4 bulan terakhir tahun ini,” katanya.
Dengan kedua-dua kilang kini beroperasi, PROTON juga boleh memulakan kembali aktiviti eksport ke pasaran luar negara. Sebagai contoh, Pakistan akan menerima tiga penghantaran Proton X70 sebanyak 108 unit pada September termasuk pek CKD untuk Proton Saga yang kini dijangkakan akan bermula dipasang siap di sana akhir Oktober.

Oleh itu, keseluruhan ekosistem PROTON hampir dibenarkan untuk beroperasi dengan kapasiti 100 peratus berdasarkan SOP semasa untuk pembukaan kilang dan premis perniagaan.
Must-Watch Video