Aksi wheelie yang sering ditunjukkan oleh Youtuber mula membimbangkan dan menarik perhatian pemerhati pengangkutan Indonesia iaitu Budiyanto.

Menurutnya, aksi itu kerap disiarkan Youtuber dan ia cukup membimbangkan yang mana mereka melakukan kesalahan undang-undang berkaitan tunggangan motosikal secara melulu perlu dibenteraskan.

Undang-undang itu boleh menyebabkan pesalah didenda mahu pun penjara di bawah Undang-Undang No. 2 Tahun 2002 tentang Kepolisian Pasal 287 ayat (5).

Jika penunggang dikesan mahupun ditangkap melakukan aksi wheelie boleh didakwa di bawah undang-undang berkenaan.

”Hasil analisis dan penilaian, setiap kejadian kemalangan lalu lintas tentunya disebabkan perlanggaran. Aksi wheelie berpotensi menyebabkan terjadinya kecelakaan jalan raya.

“Zaman dulu perkara ini belum popular, tapi mula ramai sejak internet mudah digunakan. Ini pentingnya harus ada bimbingan orang tua, organisasi juga seperti IMI, bahkan pihak berkuasa perlu beri perhatian.

“Mereka sebenarnya memerlukan tempat yang betul untuk melakukan aksi terbabit," katanya.

Mantan Kasubdit Gakkum Ditlantas Polda Metro Jaya terbabit juga mengatakan aksi merbahaya itu melebihi kelajuan maksimum dan melanggar undang-undang jalan raya dan wheelie dikategorikan sebagai menunggang secara melulu dan merbahaya.

Mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan penjara dua bulan atau denda sehingga Rp500,000 (RM142).