Sejak penubuhannya, UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) sudah menyediakan produk dan perkhidmatan kepada warga Malaysia, dan dalam masa yang sama turut melaksanakan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) melalui pelbagai usaha untuk menyumbang kepada perubahan sosial dan membantu memperbaiki kehidupan dalam lingkungan masyarakat.
Syarikat induknya, Toyota Motor Corporation (TMC) kini sedang giat membangunkan masyarakat yang lebih merangkum dan lestari serta mengubah hala tujunya untuk menjadi sebuah "syarikat mobiliti".
Sempena Olimpik Tokyo 2020, TMC turut memulakan kempen Start Your Impossible, sebuah kempen jangka panjang yang menggalakkan setiap orang untuk melangkaui apa yang dirasakan mustahil dalam diri masing-masing. Untuk itu, menjadi rakan penganjur kepada acara Olimpik dan Paralimpik 2020 di Jepun nanti adalah contoh kepada komitmen berkenaan.
Sebagai menyokong matlamat TMC, UMWT juga telah mensejajarkan usaha-usaha CSR syarikat pada tahun ini dengan mewujudkan platform Start Your Impossible (SYI) melalui dua elemen — acara persembahan musik untuk kebajikan, Toyota Classics; dan satu lagi, Toyota Outrun yang adalah acara larian, juga untuk tujuan kebajikan.
Timbalan Pengerusi UMWT, Akio Takeyama berkata, pihanya sangat berbesar hati untuk membantu dan menyokong mereka yang berkelainan upaya tetapi ingin terus terbabit dengan aktiviti sukan.
“Ini selari dengan sokongan padu Toyota Motor Corporation kepada sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020 sebagai rakan mobilitinya yang pertama," katanya.
Di bawah usaha Start Your Impossible, UMWT memperkenalkan Dual Heroes Concept yang memberi perhatian kepada atlit tempatan yang menggalas cabaran di dua lapangan — dalam sukan dan juga kehidupan harian. Melalui konsep ini, syarikat telah memilih atlit Paralimpik pertama Malaysia yang diangkat sebagai Atlit Tahunan 2016, Abdul Latif Romly sebagai duta.
Bagi memulakan usaha terbaru ini, UMWT menganjurkan acara sulung Toyota Outrun di Bandar Rimbayu, Kota Kemuning, Selangor untuk mengumpulkan dana bagi disalurkan kepada Majlis Paralimpik Malaysia. Sejumlah RM151,100 berjaya dikutip hasil daripada penyertaan peserta.
Lebih daripada 3,000 peserta terbabit di dalam acara larian lapan kilometer di sekitar Bandar Rimbayu itu, termasuk 20 orang daripada mereka adalah dari golongan kelainan upaya.
Erywan
Mon Nov 18 2019
Kisahkan Tentang Penyeluk Saku, Ini Fakta Menarik Drama Bercakap Dengan Jun
Baru sahaja ditayangkan 1 Mei lalu, drama adaptasi novel Bercakap Dengan Jun karya Hasrul Rizwan mungkin membuat ramai penonton tertanya-tanya kisah disebalik drama tersebut.
Terkini: Faisal Halim Dah Mula Jamah Makanan, Cuba Latihan Ringan
Alhamdulillah.
AstraZeneca Tarik Balik Vaksin COVID-19 Di Seluruh Dunia
Syarikat farmaseutikal global Britain-Sweden, AstraZeneca menarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, lapor Telegraph semalam.
Impian Afifah Nasir Nak Judika Datang Ke Majlis Perkahwinan Tak Tercapai - “Semua Yang Saya Mahukan Dapat Dengan Mudah Kecuali…”
Afifah dedah Judika tak dapat datang ke majlisnya.
Mengaku Kerja Grab, Netizen Tak Sangka Aslam Lucu - “Patutlah Ramai Terpikat, Handsome & Kelakar Rupanya”
Aslam buat video pun lucu.
Mahu Bekas Isteri Sedap Dipeluk Punca Teuku Ryan Kutuk Tubuh Ria Ricis
Teuku Ryan akhirnya bersuara susulan tersebar dokumen mahkamah usai sah penceraian di antara dirinya dan Ria Ricis yang antaranya mengandungi dakwaan pelakon tersebut menghina bentuk tubuh bekas isteri sebagai terlalu kurus dan memiliki payudara ‘rata’.
Dituduh Tak Ikhlas Mohon Maaf & Tak Jujur Hubungan Dengan Aliff Aziz, Ini Respons Ruhainies!
Ruhainies jawab dakwaan mengenai dirinya.
Ummi Nazeera Tolak Tawaran Berlakon Lagi Dengan Aliff Aziz - “Bukan Sebab Dia Ada Buat Salah Tapi…”
Ummi tak nak lagi bekerjasama dengan Aliff.
Safiq Rahim Diserang Penjenayah, Cermin Kereta Dipecahkan Guna Tukul Besi
Bintang bola sepak tempatan Safiq Rahim berdepan detik cemas apabila cermin belakang kenderaan yang dipandunya dipecahkan oleh individu tidak dikenali dengan menggunakan tukul besi.
Seorang Maut, Seorang Cedera Dihempap Pokok Tumbang Di Jalan Sultan Ismail
Seorang lelaki berusia 47 tahun maut manakala seorang lagi lelaki berusia 26 tahun cedera dalam insiden pokok besar tumbang di Jalan Sultan Ismail pada petang Selasa.