Skip to main content

Selebriti

“Dulu Saya Malu Nak Mengaku Industri Filem, Kita Main ‘Industri Kampung’” - Aziz M Osman

Bakar isteri

Sekilas

  • Aziz M Osman mengakui zaman kegemilangannya dalam industri filem sudah berlalu dan kini bangga dengan tahap profesionalisme industri tempatan yang hampir setaraf antarabangsa.
  • Beliau memuji SOP dan disiplin kerja yang tersusun dalam produksi filem masa kini berbanding cara kerja yang lebih santai dan improvisasi pada zaman dahulu.
  • Aziz reda dengan kitaran kariernya dan berbangga dengan legasi karya seperti XX Ray dan Puteri Impian tanpa perlu mengejar kejayaan baru.

Pengarah dan pelakon, Aziz M Osman mengkui bahawa zaman kegemilangannya dalam industri perfileman sudah berlalu dan kini dia amat bangga dengan industri tempatan yang dilihat hampir setaraf dengan peringkat antarabangsa.

Menurut Aziz, industri kini jauh lebih tersusun dan berdisiplin berbanding zaman di awal kemunculannya dahulu.

“Dulu saya malu nak mengaku industri filem. Kita main ‘industri kampung’. Namun, kini kita berada di zaman industri filem yang rata-rata produksi mengamalkan SOP yang tersusun dan tahap disiplin yang sama dengan negara luar.

“Dulu saya datang set, apa yang ada sahaja saya guna, Kalau ekstra tiada atau lokasi tak sempurna, saya olah terus cerita di lokasi.

“Tapi sekarang sebelum masuk set semua sudah siap. Semua tahu kerja masing-masing dan ada SOP yang tersusun. Jauh beza dari cara kerja saya dahulu,”katanya kepada Gempak.

Aziz berkata demikian ketika ditemui di lokasi penggambaran filem HAK: Tuntut atau Tunduk, semalam.

Dalam pada itu, Aziz turut reda bahawa setiap pengarah mempunyai kitaran kegimalangannya tersendiri, malah dia tidak berkecil hati kerana dirinya sudah puas dengan setiap karyanya dahulu.

“Bukan nak kata filem terakhir saya gagal tetapi brand saya mungkin sudah tidak cukup kuat untuk orang beli tiket wayang.

“Sekarang orang nak tengok wayang, satu dua kepala sahaja boleh habis RM40 hingga RM50. Jadi, pastilah mereka ingin memastikan filem yang ditonton itu benar-benar bernilai.

“Penonton sekarang dah pandai menilai. Mereka tahu filem mana yang dibuat cincai dan mana yang dibuat cincai. Semua aspek produksi sekarang perlu berada pada tahap tinggi.

“Saya bangga dengan legasi saya. Saya sudah hasilkan masterpiece seperti XX Ray, Puteri Impian dan filem-filem Senario. Jadi, saya tak kejar lagi semua itu,”ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

Must Watch Video

Advertisement