Artis Korea
Adamas: “Saya Boleh Puji Dia Setiap Minit & Jam,” - Pengarah Suka Lakonan Ji Sung
Drama Korea terbaharu Disney+ Hotstar berjudul Adamas mendapat perhatian penonton.
Lebih-lebih lagi drama ini menampilkan pelakon hebat, Ji Sung yang membawakan watak kembar seiras iaitu Ha Woo Shin dan Song Soo Hyun.
Menurut pengarah Adamas, Park Seung Woo berkata dia berbesar hati dapat bekerjasama dengan salah seorang pelakon prolifik dan versatil Korea seperti Ji Sung.
“Saya mahu memberikan pujian setiap minit dan setiap jam kepada Ji Sung, dia memamg seorang pelakon yang versatil.
“Dia seolah-olah boleh membaca apa yang saya mahukan, apa yang ada dalam fikiran saya. Ji Sung juga seorang yang bijak. Hasil kerja dan lakonannya sangat bagus.
“Sebenarnya Ji Sung yang mula-mula menyertai projek ini sebelum saya dan itulah sebab utama mengapa saya mahu turut sama terlibat dalam naskhah ini. Saya amat berpuas hati dengan para pelakon Adamas,” katanya dalam sidang media Adamas baru-baru ini.
Selain Ji Sung pelakon utama lain yang membintangi drama ini adalah Seo Ji Hye, Lee Soo Kyung dan Heo Sung Tae.
Jangan lupa saksikan Adamas di Disnet+ Hotstar sekarang.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Must-Watch Video