Pengarah drama Korea All Of Us Are Dead, Lee Jae Gyu mendedahkan perancangannya untuk melakukan musim kedua siri Netfilx yang menjadi fenomena itu.

Bagaimanapun kata Jae Gyu, segalanya masih lagi belum dapat dipastikan secara rasmi.

“Jika musim pertama terus popular dalam jangka masa panjang, saya fikir ia mungkin akan menjadi progress untuk musim kedua.

“Secara peribadi saya mahu lakukan musim kedua namun masih belum ada apa-apa yang dapat dipastikan secara rasmi lagi,” katanya dalam satu sidang media bersama Wikitree.

Disebabkan ramai yang berharap watak utamanya, Cheong San masih hidup, ini jawapan Jae Gyu.

“Jika Cheong San masih hidup, saya rasa pasti ada penonton yang tidak akan dapat menerimanya. Namun dalam masa sama saya juga merasakan ada yang akan gembira tentang perkara itu.

“Kami sememangnya mempunyai perancangan tetapi agak sukar untuk dikongsikan sekarang.

“Saya mempunyai beberapa bayangan apa yang akan berlaku sekiranya para pelakon termasuk Cheong San muncul untuk musim kedua. Sudah semestinya saya mahu menambahkan lebih plot twist berbanding musim pertama,” jelasnya.

BACA: #OhDaebak: All Of Us Are Dead, Karakter Ini Paling Dibenci! Na Yeon Layak Makan Penampar, Gwi Nam Patut Mati!

BACA: Pengarah Jelas Sebab Ambil Pelakon Kurang Terkenal Tapi All Of Us Are Dead Tetap Jadi Fenomena

BACA: #OhDaebak: Kenali Gwi Nam, Zombi Viral, Susah Nak Mati Dalam All Of Us Are Dead, Macam Model Rupanya Ya

Saksikan All of Us Are Dead secara eksklusif di Netflix tau!


Sinopsis:

All Of Us Are Dead mengisahkan tentang situasi ekstrim yang berlaku apabila sebuah sekolah menengah dijangkiti virus zombi dan mereka yang berada di luar cuba menyelamatkan pelajar yang terperangkap di sekolah.

Drama ini memperlihatkan kekuatan jiwa mereka yang berjuang untuk hidup sehingga akhir hayat dengan ruang yang terhad.

Selain itu, drama ini juga menunjukkan sifat dan sikap manusia yang tersembunyi muncul apabila mereka dipaksa untuk melakukan sesuatu dalam situasi yang mengerikan.

Berdasarkan webtoon popular dengan judul yang sama, drama adaptasi ini diarahkan oleh Lee Jae Gyu.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU