Artis Korea

Berbeza Usia 20 Tahun, Cha Jun Hwan Masih Pilih Song Ji Hyo Sebagai Wanita Idaman

Mya Amri
15/03/2022
15:16 MYT
Pemain luncur Olimpik Korea, Cha Jun Hwan bertemu dengan wanita idamannya, Song Ji Hyo dalam episod terbaharu Running Man.
Anggota dan juga hos utama Running Man, Yoo Jae Suk tidak melepaskan peluang untuk bertanya kepada Jun Hwan mengenai perkara itu.
Pada permulaan episod, Jae Suk mengimbas kembali fakta di mana Jun Hwan membuat kenyataan pada tahun 2018 dengan mendedahkan Ji Hyo memiliki kriteria wanita idamannya.
Disebabkan memori itu juga, seorang lagi anggota Running Man, Kim Jong Kook turut bertanyakan hal berkenaan.
“Saya ingin tahu tentang apakah sebab anda memilih Ji Hyo sebagai wanita idaman?” soal Jong Kook.
Jun Hwan kemudiannya menjelaskan bahawa Ji Hyo mempunyai daya tarikan tersendiri.
“Saya sering menonton Running Man dan sebenarnya Song Ji Hyo benar-benar mempunyai daya tarikannya yang tidak dijangka,” ujarnya.
Dalam masa yang sama, Jun Hwan juga ditanya siapakah anggota Running Man kegemarannya dan dia terus menyebut nama Ji Hyo.
Mereka kemudiannya tersenyum dan mengusik Jun Hwan dengan mengatakan peluncur kacak itu hanya melihat Ji Hyo sahaja.
Jangan lupa saksikan Running Man, setiap Jumaat jam 11 maam hanya di ONE (saluran 393).
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Oppa Handsome Lee Joon Gi Nak Datang Malaysia 22 September Depan! Ini Harga Tiket Serta Tawaran Eksklusif Yang Diberikan

gempak
21/07/2024
05:50 MYT
Pelakon popular Korea Lee Joon Gi bakal mengadakan pertemuan pertamanya bersama peminat di Malaysia pada September depan.
Hiburan

Lee Hyori Serik Buat Prosedur Kecantikan: “Botox Buat Saya Tidak Boleh Senyum”

gempak
05/07/2024
14:55 MYT
Bukan satu hal yang asing buat para selebriti Korea Selatan melakukan pembedahan plastik. Malah ramai dalam kalangan mereka yang mengaku pernah mencuba sekurang-kurangnya melakukan Botox.
Hiburan

BTS Jin Jadi Pembawa Obor Wakili Korea Selatan Di Olimpik 2024

gempak
02/07/2024
13:23 MYT
Populariti Jin BTS bukan hanya untuk industri hiburan K Pop tetapi juga digunakan dengan baik oleh Korea Selatan apabila dilaporkan bakal menjadi pembawa obor di temasya Olimpik 2024.
Hiburan

Tampil Dengan Persembahan Hebat Di Coachella, LE SSERAFIM Tular Dikritik Kerana Prestasi Vokal Kurang Memuaskan

gempak
15/04/2024
15:00 MYT
Vokal LE SSERAFIM jadi perhatian.
Artis Korea

Dua Minggu Umum Bercinta, Han So Hee & Ryu Joon Yeol Putuskan Hubungan

gempak
30/03/2024
16:00 MYT
Sekejap je bercinta.