Pelakon drama siri Netflix popular, Squid Game iaitu Park Hae Soo kini bergelar bapa selepas isterinya selamat bersalin.

Berita gembira itu disahkan oleh agensi naungannya, BH Entertainment baru-baru ini.

“Park Hae Soo baru saja menyambut kelahiran anak pertama. Ibu dan bayi lelaki dalam keadaan sihat,” ujarnya.

Hae Soo telah mendirikan rumah tangga dengan wanita bukan dalam kalangan selebriti pada tahun 2008. Mereka berkahwin selepas hampir empat tahun menjalinkan hubungan cinta.

Untuk info, Hae Soo mula meraih populariti selepas membintangi drama Prison Playbook pada tahun 2017.

BACA: #OhDaebak: Dari 2008, Muzik Dan Simbol Unik, Ini Lima Perkara Yang Anda Tak Tahu Tentang Squid Game!

Kini Hae Soo dikenali ramai menerusi Squid Game dan membawakan watak sebagai Cho Sang Woo iaitu pemain bernombor 218.

BACA: Squid Game, Bila Permainan Kanak-Kanak Bertukar Nyawa, Hidup Dan Mati

Saksikan Squid Game secara eksklusif hanya di Netflix.

Sinopsis:

Seramai 456 orang telah berjuang dalam hidup diundang untuk menyertai pertandingan misteri bernama Squid Game.

Mereka perlu bersaing dengan serangkaian permainan kanak-kanak tradisional yang penuh dengan liku-liku sehingga membahayakan nyawa mereka hanya untuk mendapatkan hadiah berupa wang tunai bernilai RM162 juta.

Untuk info: Squid Game merupakan permainan kanak-kanak tradisional rakyat Korea pada zaman 70an - 80an dan permainan ini melibatkan fizikal.

Terdapat dua pihak iaitu penyerang dan bertahan. Permainan ini dinamakan Squid Game kerana pemain akan melukis pelbagai bentuk geometri atas tanah (bulat, segi tiga, petak) yang menghasilkan bentuk seakan Sotong.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU