Artis Korea
BTS x McDonald’s Is Real! Tampil Dengan Menu Signature, The BTS Meal Hampir Seluruh Dunia
Parapapapa, I'm lovin' it! Berita baik buat peminat BTS apabila kumpulan K-Pop terkenal dunia itu disahkan berkolaborasi dengan restoran rangkaian makanan terkemuka, McDonald’s.
Berita itu dimaklumkan sendiri oleh pihak McDonald’s menerusi hantaran di akaun Twitter rasmi mereka.
Malah McDonald’s juga menyediakan menu istimewa iaitu The BTS Meal yang akan bermula mengikut jadual di negara masing-masing.Coming this May: The BTS Meal pic.twitter.com/iarw2gYMsx— McDonald’s⁷ (@McDonalds) April 19, 2021
Malaysia juga tidak terkecuali, The BTS Meal dijangka mula dijual di negara ini pada 26 Mei depan.
Sebagai tanda meraikan momen itu, McDonald’s juga memberikan teaser yang merakamkan imej tujuh kentang goreng disusun mengikut logo BTS.
Angka tujuh itu mewakili jumlah anggota kumpulan BTS iaitu Jin, Suga, J-Hope, RM, Jimin, V dan Jungkook.
McDonald’s juga turut menambah nombor tujuh pada bahagian nama McDonald’s dan juga emoji hati berwarna unggu di bahagian profile Twitter rasmi mereka.
Untuk pengetahuan, emoji hati atau pun purple heart itu merupakan lambang ikonik BTS yang direka secara spontan oleh V dengan ungkapan popularnya, I Purple You (Borahae) yang menunjukkan simbolik kasih sayang antara kumpulan itu dan juga Army.
Sebelum ini, McDonald’s pernah berkolaborasi dengan penyanyi J Balvin dan rapper Travis Scott.
Untuk mengetahu lebih lanjut mengenai dunia hiburan Korea, layari Gempak Chingu
Must-Watch Video