Tiga lelaki kacak yang juga merupakan anggota kumpulan K-Pop Astro iaitu Cha Eun Woo, Moonbin dan Sanha bakal muncul dalam episod terbaharu Running Man.

Berita tersebut disahkan oleh wakil SBS dalam satu kenyataan kepada media semalam.

“Cha Eun Woo, Moonbin dan Sanha telah pun melengkapkan penggambaran mereka dalam Running Man sebagai tetamu baru-baru ini.

“Trio ini akan muncul dalam episod terbaharu Running Man yang akan di siarkan tidak lama lagi dalam bulan ini,” maklumnya.

Dalam pada itu, ramai juga peminat mengusik Jeon So Min iaitu anggota tetap Running Man dan tidak sabar untuk melihat interaksi antara wanita itu bersama tiga lelaki kacak dari Astro.

Ini kerana setiap kali Running Man menerima kehadiran tetamu yang kacak, So Min pasti menjadi tidak keruan.

Jadi apakah yang akan berlaku dalam Running Man? Sama-sama kita nantikan episod terbaharu ya.

Saksikan Running Man, setiap Jumaat, di One (saluran 393), jam 11:00 malam.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU

Kredit foto: Dazed (Eun woo), Esquire (Moonbin), 1st look (Sanha)