gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Ulas Isu Husband Provider, Intan Najuwa; "Sebelum Kahwin, Saya Dan Suami ..."
HIBURAN
Sekolah Saran Belajar Sambil Menjerit & Menari Untuk Cerdaskan Minda
HIBURAN
Ini Adalah Drama Perjuangan Wanita Paling Ikonik! Yang Terakhir Itu Paling Epik
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

ARTIS KOREA

FOTO: Son Ye Jin, Hyun Bin Dedah Foto Perkahwinan, Cantiknya Pakai Baju Pengantin! Simple & Sweet

Mya Amri
Mya Amri
31/03/2022
07:00 MYT
Sponsor Banner
FOTO: Son Ye Jin, Hyun Bin Dedah Foto Perkahwinan, Cantiknya Pakai Baju Pengantin! Simple & Sweet
Bukan fantasi tapi realiti! Pelakon terkenal Korea, Son Ye Jin dan Hyun Bin kini bergelar suami isteri.
Sebagai tanda ingatan buat peminat, agensi Hyun Bin, VAST Entertainment mendedahkan dua foto perkahwinan pasangan ini.
“Diharapkan anda semua memahami bahawa majlis perkahwinan ini diadakan secara tertutup dengan mengambil kira situasi semasa COVID-19. Kami akan berkongsi berita mengenai pasangan ini menerusi foto perkahwinan mereka,” jelas kenyataan itu.
Menerusi foto yang dikongsi, jelas kelihatan wajah berseri Ye Jin yang tersenyum sambil memegang tangan suaminya, Hyun Bin.
Majlis perkahwinan pasangan ini berlangsung hari ini bertempat di Aston House, Seoul Walker Hill Hotel.
Majlis turut dimeriahkan dengan nyanyian penyanyi terkenal, Gummy dan Kim Bum Soo.
Menariknya, lagu yang dinyanyikan merupakan salah satu runut bunyi dalam drama Crash Landing On You iaitu Give You My Heart yang dilakonkan oleh pasangan ini.
Terdahulu, pasangan bintang drama fenomena Crash Landing On You ini disahkan bercinta pada 1 Januari 2021.
Berita itu didedahkan oleh portal eksklusif Korea, Dispatch.
BACA: Kongsi Baju Pengantin Mini, Son Ye Jin & Hyun Bin Umum Bakal Berkahwin – “Permulaan Hidup Baru Kami”
Sebelum ini Hyun Bin dan Ye Jin pernah digosipkan bercinta pada 2018 namun pasangan ini menafikan perkata itu.
Bagaimanapun pada Januari 2019, pasangan ini sekali lagi dilihat bersama di Amerika. Sekitar Januari 2020, Hyun Bin dan Ye Jin kembali digosipkan sehingga ada desas-desus mengatakan mereka bakal berkahwin.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Topic Berkaitan
#Artis Korea
#Hyun Bin
#Son Ye Jin
#Crash Landing On You
#Artis Korea Kahwin
#BinJin Couple
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement