Artis Korea

“Gembira Tapi Tekanannya Rasa Juga, Voice 4 Ramai Peminat” - Song Seung Heon

Mya Amri
16/06/2021
15:01 MYT
Pelakon terkenal Korea, Song Seung Heon berbesar hati mendapat tawaran untuk membintangi siri drama Korea, Voice bagi musim keempat.
Dalam pada teruja, Seung Heon mengakui dia juga merasai sedikit tekanan kerana Voice merupakan siri yang sangat popular.
“Saya sangat gembira sebaik sahaja mendapat tawaran untuk membintangi drama ini namun dalam masa yang sama saya juga dapat merasai tekanannya kerana Voice mempunyai begitu ramai peminat.
“Saya banyak memikirkan tentang bagaimana untuk menyesuaikan diri dengan baik bersama dengan seluruh pasukan ini.
“Dalam masa yang sama juga saya berfikir macam mana untuk membeza diri saya daripada pelakon musim sebelumnya seperti Jang Hyuk dan Lee Jin Wook,” katanya.
Mengulas mengenai karakternya, Seung Heon berharap peminat drama berkenaan dapat menerima lakonannya.
“Saya rasa karakter yang dibawa ini juga akan menjadi kesukaan ramai selagi saya berjaya mengekspresikan watak dengan baik seperti mana ditulis dalam skrip yang hebat itu.
“Di permulaan drama akan menunjukkan bagaimana Derek Jo akhirnya berkolaborasi dengan Golden Time Team di Korea.
“Jadi saya harap penonton akan menantikan jalan cerita itu. Saya merasa sedikit tertekan kerana pelakon-pelakon terdahulu menunjukkan prestasi yang baik, tetapi saya cuba menunjukkan keperibadian Derek Jo secara individuality,” jelasnya.
Voice yang ditayangkan sejak tahun 2017 ini mengisahkan tentang panggilan kecemasan di mana penerima panggilan itu mempunyai keistimewaan untuk mengesan mangsa penjenayah.
Selain itu dia juga mampu meneka lokasi kejadian dengan hanya mendengar keadaan persekitaran menerusi panggilan yang dilakukan oleh mangsa walaupun maklumatnya terhad.
Voice 4 akan ditayangkan bermula 19 Jun ini, setiap Sabtu dan Ahad pada jam 9:15 malam di tvN (saluran 394)
Untuk mengetahu lebih lanjut mengenai dunia hiburan Korea, layari Gempak Chingu
Sumber: Soompi
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Oppa Handsome Lee Joon Gi Nak Datang Malaysia 22 September Depan! Ini Harga Tiket Serta Tawaran Eksklusif Yang Diberikan

gempak
21/07/2024
05:50 MYT
Pelakon popular Korea Lee Joon Gi bakal mengadakan pertemuan pertamanya bersama peminat di Malaysia pada September depan.
Viral

Gara-Gara Tonton K-Drama, 30 Remaja Korea Utara Dihukum Mati, Penjara

gempak
08/07/2024
04:55 MYT
Pemerintah Korea Utara menjatuhi hukuman mati atau penjara seumur hidup terhadap 30 remaja negara itu kerana menonton drama Korea Selatan (K-Drama).
Hiburan

Lee Hyori Serik Buat Prosedur Kecantikan: “Botox Buat Saya Tidak Boleh Senyum”

gempak
05/07/2024
14:55 MYT
Bukan satu hal yang asing buat para selebriti Korea Selatan melakukan pembedahan plastik. Malah ramai dalam kalangan mereka yang mengaku pernah mencuba sekurang-kurangnya melakukan Botox.
Hiburan

BTS Jin Jadi Pembawa Obor Wakili Korea Selatan Di Olimpik 2024

gempak
02/07/2024
13:23 MYT
Populariti Jin BTS bukan hanya untuk industri hiburan K Pop tetapi juga digunakan dengan baik oleh Korea Selatan apabila dilaporkan bakal menjadi pembawa obor di temasya Olimpik 2024.
Hiburan

Tampil Dengan Persembahan Hebat Di Coachella, LE SSERAFIM Tular Dikritik Kerana Prestasi Vokal Kurang Memuaskan

gempak
15/04/2024
15:00 MYT
Vokal LE SSERAFIM jadi perhatian.