Pelakon dan juga bekas anggota Running Man, Lee Kwang Soo baru menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 36 tahun semalam.

Sebagai tanda meraikan hari jadi, Kwang Soo akhirnya berkongsi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.

Kata Kwang Soo, dia berasa sangat gembira dan terharu kerana peminat sanggup meluangkan masa untuk memberikan ucapan kepadanya.

“Kepada anda yang menyambut hari jadi saya tahun ini, saya dengan seikhlas hati ingin mengucapkan terima kasih.

“Terima kasih juga untuk ucapan dan hadiah-hadiah yang diberikan, saya sangat-sangat menghargainya.

“Saya tidak akan melupakan keikhlasan anda yang meluangkan masa untuk memberikan ucapan tahniah terutamanya pada waktu seperti ini.

“Kepada anda semua, jangan lupa jaga kesihatan. Saya juga berada dalam keadaan sihat supaya saya dapat menunjukkan penampilan yang lebih baik kepada anda semua.

“Kita semua akan melakukan yang terbaik pada masa akan datang, terima kasih dan I love you,” coretnya.

A post shared by 이광수 (@masijacoke850714)


Foto tersebut merupakan yang terkini selepas kali terakhir Kwang Soo memuat naik hantaran pada 14 Jun iaitu coretan isi hatinya setelah meninggalkan Running Man.

Saksikan episod terbaharu Running Man, setiap Jumaat, jam 11 malam di ONE (saluran 393).

Untuk info, Running Man mula ditayangkan pada 11 Julai 2010 dan anggota asalnya adalah Yoo Jae Suk, Jee Seok Jin, Kim Jongkook, HaHa, Song Ji Hyo, Kang Gary, Lee Kwang Soo, Song Joong Ki dan Lizzy.

Kini Running Man ditambah dengan dua ahli baru iaitu Jeon So Min dan Yang Se Chan selepas ketiadaan Song Joong Ki, Lizzy, serta Kang Gary.

Bagaimanapun pada 27 April lalu, Kwang Soo juga telah membuat keputusan mengejut apabila memilih untuk mengundurkan diri dari Running Man selepas 11 tahun bersama.

BACA: No more Girin... Lepas 11 Tahun Bersama, Lee Kwang Soo Sah Tinggalkan Running Man

BACA: #OhDaebak: 7012... Thank You Lee Kwang Soo Untuk 11 Tahun, Ini Surat Menyentuh Hati Running Man


Keputusan itu dibuat kerana Kwang Soo memerlukan masa untuk pemulihan selepas mengalami kecederaan di bahagian buku lalinya akibat kemalangan tahun lalu.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU