Anggota kumpulan K-Pop terkenal EXO, Chen dan isterinya selamat menyambut kelahiran cahaya mata keduanya.

Berita itu juga disahkan oleh agensinya, SM Entertainment dalam satu kenyataan ringkas hari ini.

Bagaimanapun SM Entertainment tidak mendedahkan jantina bayi kedua pasangan berkenaan.

“Ya benar, isteri Chen selamat bersalin anak kedua mereka baru-baru ini,” ulas wakilnya.

Terdahulu, Chen telah mengumum perkahwinannya pada Januaro 2020. Pasangan ini kemudiannya dikurniakan cahaya mata perempuan pada April tahun yang sama.

Chen kini masih lagi menjalani latihan khidmat ketenteraan selepas mendaftar pada Oktober 2020.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU