Palakon Korea, Lee Da Hee dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan di bahagian leher sewaktu penggambaran drama terbaharunya berjudul Island.

Berita itu disahkan oleh wakil dari agensi Da Hee, Studio Santa Claus hari ini.

Menurutnya disebabkan kecederaan yang dialami, Da Hee tidak dapat menghadiri sidang media siri terbaharu Netflix, Single’s Inferno yang berlangsung hari ini.

"Lee Da Hee mengalami kecederaan leher semasa penggambaran ketika melakukan adegan untuk Island. Dia kemudiannya segera dipindahkan ke hospital dan menerima rawatan.

“Namun kecederaan itu tidak serius jadi dia menerima rawatan sebagai pesakit luar dan berulang alik ke hospital.

“Dia juga tidak akan dapat menghadiri sidang akhbar untuk program Single’s Inferno hari ini (20 Disember),” jelasnya.

Bagaimanapun, Da Hee akan meneruskan penggambaran drama itu dengan lebih berhati-hati tanpa terlalu memberikan tekanan pada bahagian lehernya.

Selain Da Hee, Island juga menampilkan pelakon hebat Kim Nam Gil, Cha Eun Woo (ASTRO), Sung Joon dan ramai lagi.

Berdasarkan adaptasi webtoon dengan judul yang sama, Island, merupakan kisah fantasi yang menceritakan rahsia terbongkar di Pulau Jeju.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU