Artis Korea
#OhDaebak: Ini Lima Barang Rare Lepas Lee Min Ho Datang Malaysia, Alamak Tangan Radin Pun Ada
Sebut sahaja nama Lee Min Ho, boleh dikatakan mereka yang bukan peminat drama Korea pun kenal.
Sebut sahaja drama lakonan Min Ho, ha boleh dikatakan majoritinya naskhh yang dibintanginya pasti menjadi fenomena.
Tak perlu semua, #OhDaebak bagi tiga nama drama ini sahaja iaitu Boys Over Flowers, Legend of The Blue Sea dan The King: Internal Monarsh pun sudah cukup ramai yang tahu betapa besar fenomenanya.
Tak percaya? Lihat sahaja bagaimana sambutan peminat sewaktu Min Ho hadir ke Malaysia sempena sambutan ulang tahun kelapan Cuckoo baru-baru ini.
Serius memang ramai yang datang! Eh dah boleh tengok depan mata sendiri, takkan lah nak lepas kan peluang macam tu je kan, mestilah excited.
Sudah pasti acara Konsert Cuckoo Apprici8th Anniversary itu berlangsung dengan meriah.
Tapi nak tahu tak apa yang lucu? Ha selepas selesai acara tersebut, ada beberapa ‘barang rare’ yang menjadi bualan dan ‘dijual’ tau!
Semuanya sebab berkaitan dengan Min Ho, termasuklah tangan! Lucukan? Kreatif betul eh? Memang next level ni Heheh.
#Tangan Radin
Ini memang unik guys! Tiba-tiba tangan Radin jadi popular hanya kerana berpeluang untuk bersalaman dengan Min Ho, paling lucu adalah reaksi wajah Radin yang menyebabkan pelakon Korea itu turut ketawa selepas melihatnya.
Dengan tajuk, Tangan Radin Yang Salam Dengan Lee Min Ho itu dijual dengan harga RM4,500,00. Haha.
#Phone
Ini memang semua peminat boleh naik ‘gila’ mana tidaknya, Min Ho sendiri yang datang ambil dan pegang phone tu kemudian selfie. Fuh ini memang precious momen sebab bukan senang nak dapat peluang sebegitu.
Phone Yang Min Ho Guna Untuk Selfie Di Konsert Cuckoo dijual dengan harga RM10,000
#Kerusi
Ini baru betul hot seat orang kata guys! Dengan tajuk Kerusi Yang Lee Min Ho Guna Untuk Sidang Media Konsert Cuckoo ini pula dijual dengan harga RM15,000. Fuh bukan main eh haha.
#Mikrofon
Ha ini harganya up sikit guys kerana mikrofon tersebut digunakan dan dipegang sepanjang masa oleh Lee Min Ho. Oleh sebab itu dijual dengan harga RM25,000.
#Udara
Ni paling rare guys! Udara! Ya udara! Siap ada bekas lagi nak isi tau, walaupun bekas itu nampak biasa-biasa namun ‘isinya’ itulah yang paling penting.
Rare tak rare, harga sebekas sahaja sudah mencecah RM45,000 guys!
Apa pun barang-barang yang disebutkan ini hanyalah sekadar gurauan dan suka-suka sahaja.@era.je Ni nak let go barang-barang yang Lee Min Ho sentuh! Haha. Tapi kalau nak beli tangan @RAA , korang kena bid! Paling tinggi, kitorang onz je nak let go ? #sharERA #leeminho #fyp #fypage ♬ original sound - ERA
Dalam kehidupan ini kita tidak boleh terlalu serius, kena ada enjoy momen juga, buat hilang stress orang kata.
So, next! Selebriti Korea mana pula yang akan hadir ke Malaysia agak-agaknya ya? Sama-sama kita nantikan.
Must-Watch Video