Sama seperti orang lain, selebriti popular Korea juga tidak ketinggalan memiliki haiwan peliharaan seperti kucing.

Kalau nak tahu, kucing peliharaan mereka ini pun sama popular dengan tuannya, malah ada juga antara haiwan ini pun namanya pernah trending gitu.

Di sini #OhDaebak kongsikan antara idol yang memiliki kucing sebagai peneman hidup.

#Lisa Blackpink

A post shared by LISA (@lalalalisa_m)

Sama comel seperti tuannya, Lisa memiliki empat ekor kucing yang namanya bermula dengan huruf L. Lily, Leo, Luca dan Louis, alahai nama pun cantik kan.

#Lee Know Stray Kids

A post shared by Stray Kids (@realstraykids)

Lee Know ni memang cat lover! Tiga kucing kesayangannya, Soonie, Doongie dan Dori siap ada fanclub okay!

Siapa je yang tak obses dengan kucing kalau dah kiut miut macam ni kan.

#Kang Daniel

A post shared by Daniel Kang (@daniel.k.here)

Sebut sahaja fasal kucing, ha memang nama Kang Daniel ada dalam list ya! Sudahlah Daniel sendiri pun comel macam kucing kan.

Setakat ini Daniel memiliki empat ekor kucing dan sering berkongsi foto-foto bersama kucing kesayangannya di Instagram. Awwwww…

#Jeno NCT

A post shared by NCT Official Instagram (@nct)

Kes Jeno ini agak unik, difahamkan idol kacak ini sebenarnya elegik kucing namun perkara itu tidak menghalangnya untuk memiliki haiwan comel itu.

Jeno siap ada tiga ekor kucing comel di rumah ya. Alahai sweet sangat Jeno ni.

#BamBam GOT7

A post shared by BamBam (@bambam1a)

BamBam memiliki empat ekor kucing dan kesemuanya memiliki nama unik. Tiga daripadanya sahaja nama makanan tau tak.

Pudding, Cupcake, Latte dan King! Tapi BamBam ni comel tau, dia siap speaking Korea dengan kucing-kucingnya.

Nak tahu kenapa? Sebab BamBam kata senang kalau bawa jumpa vet, nanti kucing faham waktu nak buat pemeriksaan kesihatan, ha gituh. Heheheh.

#OhDaebak nak kongsi juga ni, korang tahu tak si comel kesayangan korang ini juga sebenarnya boleh menikmati manfaat insurans sama seperti insurans manusia.

Menerusi Oyen Pet Insurance, anda bakal mendapat perlindungan yang pantas, tuntutan yang mudah dan nilai perlindungan tinggi.

Ketahui lebih lanjut mengenai Oyen Pet Insurance (KLIK SINI). Setiap pembelian anda akan dapat hadiah istimewa pouch Oyen.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

#OhDaebak merupakan kolum baharu dalam Gempak Chingu yang dikeluarkan setiap Ahad. Berkonsepkan santai, #OhDaebak akan berbicara apa sahaja tentang Korea termasuklah K-Pop, K-Drama, lifestyle, makanan atau topik-topik yang sering dibualkan K-fans. Come on! It’s spazzing time guys!