Artis Korea
#OhDaebak: Squid Game Player 067 Ini Model Rupanya! First Time Berlakon Tak Kayu Langsung
Siapa sangka keputusan Jung Ho Yeon memilih untuk berlakon dalam drama bersiri popular Netflix, Squid Game ternyata membawa tuah.
Dengan memegang watak sebagai Kang Sae Byeok yang dikenali dengan pemain baju bernombor 067 ini, lakonannya benar-benar meninggalkan kesan kepada penonton lebih-lebih lagi untuk episod enam.
Mungkin ramai yang mula mengenali pelakon berbakat ini melalui Squid Game, namun korang tahu tak sebenarnya Ho Yeon ini merupakan seorang model!
Paling menarik sekali, Squid Game merupakan drama debut pertama wanita cantik ini dan apa yang mengagumkan lakonan juga nampak neutral!
Ramai yang memuji ekspresi wajah, penghayatan karakter dan mutu lakonan Ho Yeon yang tidak nampak kekok atau pun kayu.
Kalau nak tahu Ho Yeon telah memulakan kerjayanya sebagai model sejak berumur 16 tahun dan berjaya menduduki tempat kedua untuk pertandingan Korea’s Next Top Model musim keempat.
Disebabkan popularitinya semakin memuncak, pengikut Instagram Ho Yeon juga kian meningkat. Jika sebelum ini hanya 500,000 pengikut, kini ia telah naik sebanyak 1.3 juta! Daebak!
Antara satu lagi fakta menarik tentang wanita berusia 27 tahun ini adalah…… Jennie! Ya benar! Ho Yeon merupakan sahabat baik kepada Jennie BLACKPINK.
Jadi di sini #OhDaebak ingin berkongsi foto-foto cantik Ho Yeon sewaktu beraksi sebagai model di hadapan kamera.
BACA: #OhDaebak: Dari 2008, Muzik Dan Simbol Unik, Ini Lima Perkara Yang Anda Tak Tahu Tentang Squid Game!
Saksikan Squid Game secara eksklusif hanya di Netflix.
Sinopsis:
Seramai 456 orang telah berjuang dalam hidup diundang untuk menyertai pertandingan misteri bernama Squid Game.
Mereka perlu bersaing dengan serangkaian permainan kanak-kanak tradisional yang penuh dengan liku-liku sehingga membahayakan nyawa mereka hanya untuk mendapatkan hadiah berupa wang tunai bernilai RM162 juta.
Untuk info: Squid Game merupakan permainan kanak-kanak tradisional rakyat Korea pada zaman 70an - 80an dan permainan ini melibatkan fizikal.
Terdapat dua pihak iaitu penyerang dan bertahan. Permainan ini dinamakan Squid Game kerana pemain akan melukis pelbagai bentuk geometri atas tanah (bulat, segi tiga, petak) yang menghasilkan bentuk seakan Sotong.
Kredit foto: Instagram @hoooooyeony
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
#OhDaebak merupakan kolum baharu dalam Gempak Chingu yang dikeluarkan setiap Ahad. Berkonsepkan santai, #OhDaebak akan berbicara apa sahaja tentang Korea termasuklah K-Pop, K-Drama, lifestyle, makanan atau topik-topik yang sering dibualkan K-fans. Come on! It’s spazzing time guys!
Must-Watch Video