Artis Korea
Pelakon Flower Of Evil dan Mouse Meninggal Dunia
Pelakon Korea yang membintangi drama hit Flower of Evil dan Mouse, Cheon Jeong Ha ditemui meninggal dunia di rumahnya.
Menurut keluarganya, punca kematian mendiang adalah disebabkan tekanan darah rendah dan kegagalan jantung kongestif.
“Dia ditemui mati di rumahnya semalam (28 April 2021). Dia telah menderita penyakit tekanan darah rendah.
“Punca kematian mendiang dianggap sebagai serangan jantung kerana tekanan darah rendah dan kegagalan jantung kongestif,” ujar keluarganya.
Rumah mayat Cheon Jeong Ha disiapkan di rumah pengebumian di Seoul National University Hospital.
Upacara pengebumian Jeong Ha akan diadakan di rumah mayat Hospital Universiti Nasional Seoul.
Cheon Jeong Ha, 52, telah memulakan karier lakonannya sejak tahun 1990-an termasuklah dalam bidang teater, drama dan juga perfileman.
Jeong Ha banyak memainkan peranan sebagai pelakon pembantu termasuklah dalam drama Phoenix, Flower of Evil, Forest of Secrets, More Than Friends, dan Beyond Evil.
Manakala menerusi siri Mouse pula, mendiang memainkan watak sebagai ibu Na Chi Guk (Lee Seo Joon) yang merupakan teman sekelas Jung Ba Reum (Lee Seung Gi) yang kini bekerja sebagai penjaga penjara.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkembangan dunia hiburan Korea, layari Gempak Chingu.
Sumber: Soompi
Must-Watch Video