Artis Korea

“Pergi Toilet, Tengah Make Up, Buat Rambut Semua Kena Pakai Mask” - Lee Dong Wook Kongsi Tak Mudah Berlakon Waktu Pandemik

gempak
Mya Amri
14/04/2021
14:27 MYT
Sponsor Banner
“Pergi Toilet, Tengah Make Up, Buat Rambut Semua Kena Pakai Mask” -  Lee Dong Wook Kongsi Tak Mudah Berlakon Waktu Pandemik
Pelakon terkenal Korea, Lee Dong Wook berkongsi pengalaman menjalani penggambaran dalam keadaan pandemik.
Menurut Dong Wook, segala persediaan perlu dilakukan dengan berhati-hati dan mematuhi syarat yang ditetapkan
“Untuk mendapatkan lokasi penggambaran juga sukar. Kalau dulu kami dapat kebenaran atau pun tajaan lokasi tempat awam namun disebabkan pandemik, ruang untuk penggambaran juga ditutup.
“Sebagai contoh jika lokasi penggambaran kami seterusnya adalah di sebuah apartmen, kalau sebelum ini begitu senang untuk mendapatkan izin tetapi situasi kali ini amat berbeza.
“Jumlah orang yang mahu memasuki apartment juga harus dihadkan. Penggambaran untuk filem Single in Seoul sebelum ini juga terpaksa ditangguhkan kerana kesukaran mencari lokasi.
“Ketika bekerja pula kami memakai pelitup muka sewaktu mendandan rambut dan juga mengenakan solekan. Bagaimanapun kami terpaksa menanggalkanya sewaktu berlakon.
“Kami juga harus memakai pelitup muka jika ingin ke tandas di lokasi penggambaran. Malah ketika ditemu bual juga kami perlu pastikan bahagian muka dilindungi.
“Kecuali jika kami berada betul-betul di hadapan kamera dan sudah bersedia untuk berkerja dan memulakan penggambaran,” kongsinya.
Dong Wook berkata demikian dalam temu bual bersama Majalah Arena.
Dong Wook sebelum ini terkenal menerusi beberapa drama hit seperti My Girl (2005), Scent of a Woman (2012), Goblin (2016) dan Tale of the Nine-Tailed (2020).
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai dunia hiburan Korea, layari Gempak Chingu.
Sumber: Soompi
Foto: Arena Magazine
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024